Isnin, Jun 23, 2008

Kenangan nonton wayang


Sabtu yang bersejarah! Saya nonton wayang bersama famili. Cerita Kung Fu Panda. Isteri saya bising-bising…"Hai anak-anak umi, bertuah betul dapat tengok wayang kecil-kecil.” Memang, saya dan isteri inilah pun first time nonton di panggung. Sebelum ni ada cuba tapi tak berhasil.

Teringat masa kecil dahulu, di kampung...saya dan kawan-kawan suka nonton wayang. Masa itu wayangnya hitam putih lah. Orang dari Jabatan Penerangan yang guna van Wolkswagen siap dengan corong pembesar suara yang tayang. Mereka akan uar-uarkan dahulu melalui van itu di jalan raya (kami panggil jalan raya itu tembak), sekian tarikh, sekian malam akan dibuat tayangan. Tiba hari yang dijanjikan, maka kami budak-budak pun tak sabar-sabarlah lagi menantikannya.

Saya ingat lagi, satu petang itu kami budak-budak kecil sudah berkerumun dekat rumah Tok Che Makrit. Ada tayangan gambarlah. Ceritanya saya dah tak ingat. Orang-orang Jabatan Penerangan sudah sampai. Mereka naikkan layar berwarna putih. Van yang mempunyai mesin jenerator pun sudah sedia. Hari menjelang magrib dan kami tak sabar-sabar menanti malam.

Masa itulah, saya sudah lupa siapa, tapi ada seseorang dewasa yang menyuruh kami balik. “Pergi balik dulu, mandi! Lepas tu mari la balik tengok wayang!” Kami pun baliklah. Nak tahu malam itu apa jadi…saya tertidur selepas maghrib! Hancuss…melepaslah wayang saya.

Satu petang lain pula, saya bermain bersama-sama kawan. Ralit bermain hingga dekat maghrib. Balik ke rumah, ada orang bertanya (ah…dah lupa, siapa ye…): “Ju, hang pegi mana?” “Wakpa (kenapa)?” Tanya saya balik.

“Tadi pak lang hang cari. Dia nak ajak hang tengok wayang di (pekan) Lenggong.” Wah…alangkah kesalnya saya. Kerana ralit bermain, saya terlepas peluang tengok wayang. Panggung wayang di pekan itu memang selalu saya lihat. Ia berdiri megah di belakang pekan Lenggong, dekat dengan kedai gunting rambut. Setiap bulan semasa bergunting, saya tengok bangunan itu. Seingat saya ada tulisan ‘Capitol’ pada pintu gerbang yang membentuk dinding hadapannya.

Kini, panggung wayang itu pun sudah runtuh. Diruntuhkan orang demi pembangunan pekan Lenggong. Sampai sudah saya tak merasa jejak panggung itu!

Moral: Saya rasa tak salah tengok wayang; tapi kena pilih ceritanya. Saya rasa Kung Fu Panda okay, sesuai untuk tontonan sekeluarga. Ia ada beberapa pengajaran, misalnya: Melentur manusia ikutlah kelebihannya (tak boleh samakan setiap orang cara mendidiknya); kita yang membuatkan diri kita istimewa bukannya orang lain dan sikap merendah diri memang sampai bila-bila disukai semua manusia!


4 ulasan:

Dewangga Sakti berkata...

Salam U-hah,
Wah! Sudah menonton!Hari Jumaat minggu lepas saya cuba beli tiket di KLCC.Sudah habis lah!
Kena tengok minggu ni.

U-HAH berkata...

Emm, best movie tu...lawak nye tak lah melampau tapi memang mencuit hati. memang susah nak dapat tiket, minggu sebelumnya sold out, jadi saya keluar awal beli tiket...rasanya tak rugilah... :)

p/s: insya-allah, saya bank inkan RM15 untuk CD Dewangga Sakti hari ini...maaf terlambat ye.

sis_aflah berkata...

salam,

oo kat perak pun panggil jalan raya tu 'tembak' ye? kat kelantan, sebutannya jadi 'tembok'. tapi sekarang jarang dah guna, orang tua2 guna la lagi perkataan tu... :)

Tanpa Nama berkata...

hehe sy baru terserempak blog ni lepas type keyword Lenggong.

yeah sy pun masih ingat panggung wayang Capitol tu tp sy bernasib baik la sempat tengok 2 movie situ..cite Spiderman and cite melayu "setinggan" dlm thn 80an.Ingat lagi meriah kat luar panggung wayang tu gerai2 jual kuaci & tidbits.
Wayang Jabatan Penerangan pun biasa tengok gak kat padang depan masjid jamek.