Semalam isteri saya bertanya, kalau-kalau saya dapat hadir ke sekolah agama anak kami hari ini. Ada sesi berjumpa guru kelas dan menandatangani buku laporan. Saya merungut-rungut juga, kenapalah pihak sekolah tidak menyekalikan harinya dengan sesi di sekolah kebangsaan kelmarin. Hari itu, isteri saya sampai ambil cuti. Ini tidak...short notice pula tu.
Pagi tadi wife menyatakan, anak kedua kami, Abang Yang diminta ustazahnya menjadi penyambut tetamu. Kata isteri saya, anak saya bangga menyatakan yang ustazah telah memberikannya 'kerja'. Kerjanya tunggu ibu bapa datang dan pelawa duduk di tempat yang disediakan. Maknanya penyambut tetamulah.
Saya tersenyum dan bangga juga. Anak kedua saya itu memang keletah dan banyak sikit mulutnya. Semasa mula-mula mendaftar di sekolah, saya dan isteri menunggu di luar kelas. Tunggu pun di tempat yang dia boleh nampak. Apabila saya dan isteri sengaja melarikan diri ke kawasan lain, tiba-tiba sahaja wajahnya terjengul di muka pintu kelas. Menceghoye sahaja…bila kami pulang, dia berkejaran di belakang. Jenuh pula guru sekolah mengejarnya. Itu sesi pagi, di sekolah kebangsaan, sesi petang pun ada cerita juga.
Waktu petangnya di sekolah agama, sekali lagi kami terpaksa menunggu Abang Yang. Di dalam kelas kami dudukkan dia di barisan hadapan. Sudah jenuh menunggu, kami pun mahu pulang. Apa lagi, melalaklah dia…jenuh juga ustazahnya mendamaikan hatinya yang lara…
Tapi itu hanyalah sementara. Selepas dari itu, anak kedua kami sudah jadi pelajar popular pula. Mulutnya ramah menyapa, dari tukang kebun hingga ke guru-guru. Boleh dikatakan, ramai guru mengenali dan menyenangi anak kami itu. Mujur juga, otaknya pun bergeliga. Jadi, tidak hairanlah dia mudah disenangi dan disayangi.
Hari ini, saya tak tahu bagaimana anak saya menjalankan tugasnya sebagai 'penyambut tetamu'. Teringin juga saya melihatnya, senyum yang berulas terukir di bibir, ramah-tamah sapa menyambut tetamu dan kedek-kedek kakinya mengiringi ke tempat duduk. Pasti dia sibuk agaknya.

2 ulasan:
pagi tadi cari duit seringgit untuk belanja anak ke sekolah .. tak jumpa.. Abang Yang kata ' tak payah lah umi.. Abang Yang hari ni nak jual sticker kat sekolah..pakai duit jual sticker je' sambil menyelak-nyelak buku stickernya.. Si Abang Long pulak berlari turun tangga sambil bagi duit dua ringgit yang dia ambil dari simpanannya... boleh tahan jugak anak-anak umi ni.. sorang nak meringankan beban ..sorang lagi nak menambah pendapatan keluarga.. he he..
Alhamdulillah, anak yang soleh...dan solehah, amin ya rabbi
Catat Ulasan