SS Dr Asri mufti muda dari negeri Perlis, ketokohannya memang mengundang kontroversi. Ingat lagi beberapa siri kenyataan rasmi beliau, iya…menyinggung isu salam kepada non-muslim, soal menukar nama ayah kepada saudara baru, soal wang zakat yang kononnya tidak habis dibelanja atau hanya dibataskan kepada golongan belajar agama…dan banyak lagi, termasuklah ‘jangan mengendap’ orang buat maksiat!
Jujurnya, kehadiran mufti muda yang segar dan bugar ini memang menyuntik aroma baru dalam landskap pemikiran umat Islam di Malaysia. Namun, bukan sedikit juga orang yang merasa marah, rasa tercabar atau rasa menyampah! Pun begitu, mari kita berfikir secara objektif, ya…rasional kenalah ada. Bagi saya, jika mufti muda ini mampu menyandarkan segala hujahnya kepada nas yang naqal, jadi apa yang tidak kena?
Kemudian, saya juga mengagumi sosok muda Faisal Tehrani. Kagum bukan kerana wajahnya yang tampan, kerana muka Faisal lebih ‘baby face’ gitu, tapi kerana anak muda ini nakal bermain kata-kata. Tulisan dan wacananya sarat menyentuh hati dan minda. Dia seorang penulis yang mencanak naik namanya, harum mewangi di halaman sastera bangsa. Saat negara ketandusan saff pelapis sasterawan, mujurlah ada orang yang seprolifik beliau. Banyak menulis, ide mengalir seperti sungai, ya sungai…kadang kala sungai kering waktu kemarau dan ada masa ia bah menghanyutkan segala…bangkai, sampah-sarap dan apa-apa sahaja…saya harap sangat sungai Faisal kekal seperti sebuah lata di puncak bukit, jernih dan nyaman.
Namun, Faisal adalah tipa sasterawan yang ada visi dan misi. Dengan latar belakang pendidikan agama yang mantap, saya yakini kemampuannya. Beliau menulis dengan nawaitu yang objektif, menyirnakan kezulmatan pemikiran umat. Saya senang saat beliau membicarakan perihal mazhab, khasnya menyentuh mazhab sunni dan syiah yang sentiasa dipropagandakan zaman berzaman dan zaman berzaman!
Apabila kedua-dua manusia hebat ini bertelingkah, saya rungsing juga. Kenapa harus bertelingkah? Jika benar…Faisal benar dan jika benar Asri juga benar, anda buktikan kebenaran anda…sejujur dan setelusnya. Islam adalah agama yang menghalalkan khilaf. Kita bukan duduk diam dalam sebuah negara ultra-feudal yang tidak boleh langsung menyanggah pemikiran sang pemerintah. Ah…monarki setua Nepal juga bisa rebah di usia 239 tahun! Nah, ini dunia kini adalah pasca-moden yang tampaknya lebih meraikan perbezaan. Berbezalah, asal anda berdua ada hujah.
Jujurnya, saya tabik kepada Dr Asri dengan ide-ide baharu anda yang banyak menyerlahkan keterbukaan Islam yang selama ini tidak diterangkan oleh ramai ilmuwan Islam. Iya…ramainya hanya masih sibuk berkisah soal furu’…kisah nikah dan kahwin, cerai dan rujuk, haid dan nifas, puasa dan zakat, umrah dan haji…jarang yang menyinggung aspek muamalah secara rinci. Ah! Tidaklah saya mahu menuduh mereka ini golongan yang cuba berselingkuh dengan ilmu…Cuma jawablah nanti di hadapan Allah Azzawajalla!
Namun, saya harap janganlah Dr Asri bersifat pongah atau rangah dalam isu ini. Tolonglah…demi kemaslahatan bersama. Jika benar, buktikan secara benar. Islam itu agama yang berpaksikan kebenaran, jika tidak masakan nabi menyatakan…Katakanlah perkara yang benar, walau pahit untuk didengar!
Wallahua’lam

Nota: Tulisan ini menyinggung apa yang diterbitkan oleh halaman Malaysiakini.com, anda boleh menggapainya di sini... http://www.malaysiakini.com/news/83792
Tiada ulasan:
Catat Ulasan