Selasa, Jun 24, 2008

Teringin nonton lagi


Ya, alhamdulillah, ia kini sudah ada di Malaysia. Filem fenomena Ayat-ayat Cinta, adaptasi daripada novel karya Habiburrahman El-Shirazy. Karya indah novelis muda Indonesia ini sudah masuk ke pawagam di Malaysia. Teruja hati mahu menonton. Saya pasti, filem ini pasti mengugah emosi. Ya, pembikin filem Indonesia bagi saya, realiti dan relatifnya jauh terkehadapan berbanding pembikin filem Malaysia.

Terus-terang, saya cukup meluat dengan beberapa buah filem buah tangan seorang dua sutradara muda kita. Amat memualkan. Hamis, hancing dan hanyir baunya. Terasa jauh terpesong daripada landasan iman dan takwa. Hanya cebis-cebis kisah lorong gelap dan pengap yang dicantum lalu jadilah filem. Argh….terlalu mudah kerja itu. Maka jadilah ia terlalu memualkan…terlalu!!!

Adakah anda rasa Anak Halal, Haru-Biru, KL Drift, Remp-It dan seumpamanya termasuklah yang bakal menyusul Bohsia mampu membangunkan jiwa anak muda? Jawab dengan hati yang disuluh hidayah…mampukah?

Saya menantikan bilakah akan muncul pengarah muda di negara ini yang punya visi dan misi menobatkan agama, melalui kerja-kerja seninya.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bro,

ada dua filem yang akan main di malaysia satu filem Mualaf terbitan David Teo dan satu lagi pengarahnya Yasmin Ahmad lupa tajuk. Isi filem yang sama iaitu kisah pemelukan Islam atas dasar cinta.

tapi aku lebih harap filem Malaysia dapat diterbitkan seperti filem kite runner (Afhgan) atau shoes (Iran).... lebih asyik

dhuat79 berkata...

http://nafastari.blogspot.com/2008/06/oh-aisyah.html

U-HAH berkata...

Lan karim,

filem muallaf tu betul-betul macam arahan muallaf...hampeh!!!

Nik Bahrum Bin Nik Abdullah berkata...

Saya dowonload aje cerita AAC tu dari youtube. Nasihat saya kalau nak tengok cerita tu jangan baca novelnya. Tengok cerita dulu baru baca.

U-HAH berkata...

Nik,

T/K. tapi saya dah baca dah pun novelnya...memang takut over estimate pulak, dah la dapat sanjungan melambung dalam akhbar...harap versi layar perak nya tidak mengecewakan saya...

p/s: saya dah naik gelihati + loya sikit baca novel-novel seangkatan Ayat-ayat Cinta ni...asyik-asyik jumpa gadis cantik, ditakdirkan bertemu jodoh dan...happy ending...argh, melodrama sungguh!