Anda makan tengah hari tadi? Di mana? Kedai mamak…ops…gerai Mak Limah bawah pokok tepi longkang jerrr…oh tidak…kat warung haram Pak Ali, tepi bangunan putih tu…
Okaylah, saya tidak kisah di mana pun anda makan. Berapa harganya? Murah, mahal atau boleh tahan?
Tadi saya makan di satu gerai, dekat masjid. Saya hanya meletakkan ikan masin goreng seekor, sayur dua jenis (sikit je...) dan ambil air kosong untuk minuman…anda tahu berapa ongkosnya? RM3.70! Apabila saya minta budak gerai itu detailkan, katanya ikan kering itu 50 sen seekor, sayur satu senduk RM1 (saya ambil dua…RM2 lah..cis! Ambil sikit pun sama jugak), nasi RM1.20…so, jumlahnya RM3.70 lah. Saya yakin, jika saya ambil sirap atau teh o ais, mesti jadi RM4.70 ataupun RM5!
Anda perasan atau tidak, di kedai makan masih ramai orang. Saya dan kawan merungut…orang Malaysia ini memang suka makan. Harga naik pun masih ramai yang datang makan. Agaknya…orang lain yang datang pun terfikirkan perkara yang sama bila melihat kami pun melahap juga. “Cuba engkau tengok tu…” Kata kawan saya, sambil menjuihkan mulutnya kepada dua pemuda yang membumbung sahaja nasi mereka.
“Alah…kesan masih belum terasa. Engkau tunggulah sikit hari nanti, bila duit asyik tak cukup, barang dapur tak cukup, belanja sekolah anak tak cukup…tunggulah. Jangan ada sampai tak datang kerja sebab minyak kereta tak cukup sudah…”
Ya…saya teringat kata-kata anak usrah saya semalam, Dr Badrul Amin membayangkan kenaikan minyak petrol baru-baru ini ibarat bot yang baru berlalu di air yang tenang. Mereka yang duduk di dalam bot itu memang tak terasa apa-apalah. Tapi orang lain yang berada di dalam kolek dan sampan sekitar perahu yang akan terasa. Mungkin kini, mereka masih belum terasa olengannya, kerana bot baru berlalu. Tunggulah, nanti mereka akan terasa juga olengan keras pada perahu itu apabila ombak besar kesan laluan bot itu menampan perahu papan selepas ini.
Tengah menyarung sepatu usai solat Zohor di surau pejabat, saya disapa seorang kenalan. “Tadi saya sedih sungguh. Ada pakcik tu makan nasi hanya berlaukkan sayur…kuahnya pula lebih. Tentu dia dah tak berduit.”
Anda alami apa yang saya dan kawan-kawan alami di atas? Apa tindakan kita? Apakah kesudahan nasib kita?

5 ulasan:
The owner of this blog has a strong personality because it reflects to the blog that he/she made.
It could challenge the ideas of the people who visit your blog.
Sheikh,
kurangkan makan nasi. Cuba tengok jer orang makan dan ambik bau lepas tu kemudian tinggalkan tempat tu.
Atau pun seperti orang Indonesia. Sahabat ana baru balik dari timur Jawa kata dari lapan orang yang singgah ke warung makan sana kata mereka sedang berpuasa. Cuma dua sahaja yang kata aku tak puasa dan makan
Satu benda yang menarik mata saya pada blog anda. Voting berkenaan MOGOK DI DALAM RUMAH SELAMA 1 HARI.
Saya sokong mogok ataupun dulu zaman datuk-nenek kita dia panggil HARTAL. Dulu datuk-nenek kita buat Hartal SeMalaya untuk tentang Malayan Union. Dulu dia mogok 1 hari, semua orang mogok bersatu hati.
Saya tidak nampak Hartal SeMalaysia ini tidak akan berhasil jika semua kita duduk diam dan menghayati hartal ini secara betul-betul. Lagipun tak perlu kena pelangkong FRU lagi dibanding protest jalanan. Selamat pun selamat. Saya punya idea, Hartal SeMalaysia 3 hari. Semua orang ambil bahagian.
-Garden
Lan Karim,
ambik bau pun kena bayor juge...abis tu nak ke gerai makan pun kena naik keta atau motor juge...
Garden,
Itulah yang saya cadangkan kepada kawan-kawan, ramai menyokong saya setelah saya jelaskan idea itu. Saya harap idea ini mampu menerjah kotak fikir para ketua di atas sana...t/k atas pandangan anda.
Catat Ulasan