“Tiada kawalan harga akan dikenakan ke atas petrol dan diesel dengan pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api itu Ogos ini,” demikianlah ujar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.
Sebagai rakyat Malaysia, saya jujurnya terkilan bangat dengan kenyataan demi kenyataan para ‘rang besar’ Malaysia. Khususnya yang membabitkan kebajikan rakyat. Iya…isu kenaikan harga barangan, mutakhir ini harga beras yang melambung tinggi dan kini disusuli dengan ura-ura petrol pula menyusul…ah, siapa yang tidak senak perut dibuatnya.
Malaysia ini pengeluar minyak. Banyak…Malaysia mengeluarkan minyak kira-kira 600 ribu tong sehari. Sementara itu, berapa kegunaan domestik mintak petrol di Malaysia? Mengikut satu sumber, kira-kira 400 ribu tong sahaja sehari. Jadi, berbaki lagi 200 ribu tong. Banyakkan?
Anak saya yang baru belajar mengira pun rasanya boleh memberikan jawapan, bahawa Malaysia mampu mengawal kenaikan melampau harga minyak di pasaran dunia. Kita adalah pengeluar, bukan pengguna. Masalah Malaysia mengeksport minyak itu soal kedua, yang penting kita pengeluar. Adakah logic Makcik Musalmah Lebar yang meniaga nasik lemak setiap pagi mengenakan harga yang tinggi kepada anak-beranaknya untuk mereka dapat makan nasi lemak itu? Tidak logic, bahkan biasanya diberikan percuma. Namun, Malaysia tidaklah sampai tahap memberikannya percuma, namun biarlah dalam julat harga yang kompetetif…yang tidak membelenggu rakyat jelata.
Sementara itu, PM Abdullah badawi juga berkata harga beras, makanan ruji penduduk Asia, telah meningkat 76 peratus dalam tempoh lima bulan sejak Disember tahun lalu hingga April tahun ini…mak aih…padanlah beras Jasmine Super White yang saya beli harga RM30 lebih dahulu kini dah cecah RM50 lebih! Gila ke ape ni…? Sementara itu kata Pak Lah lagi, harga keseluruhan makanan, meningkat 83 peratus sejak tiga tahun lepas dan harga minyak meningkat empat kali ganda sejak enam tahun lalu.
Saya hanya teringat ucapan YB Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang suatu masa pada tahun 1994 dahulu di Terengganu. Tuan Guru semasa itu sudah menegur polisi kerajaan Malaysia yang terlalu mengutamakan aspek lain, bukan pertanian. Antaranya, banyak hutan diteroka dan dibina padang golf. Iyalah…di Kedah pula, tanah bendang ditambak dibuat perumahan dan kilang. Kata beliau, nanti jika ada krisis makanan…apa kita nak makan? Adakah hendak suruh rakyat ‘kerkah’ padang golf?!
Ayat itu masih terngiang-ngiang di cuping telinga saya. Realitinya sudah terjadi kini, depan mata dan kita semua alami. Pak Lah baru terkial-kial mahu membina jelapang padi di Sarawak…baru nak buka...bilalah nak siap soal lain pula. Sementara itu, rakyatlah yang menderita…kitalah! Sebab itulah, kita perlukan pemimpin yang bijaklaksana. Bijak membaca sifir keperluan rakyat, bukan setakat menjelang tahun 2020…tapi lebih utama, apa akan jadi kepada kita selepas mati pun harus difikirkan juga!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan