Saya ni sejak kecil sampai ke besar, dilahir dan dibesarkan di Malaysia. Saya tak banyak duit untuk melancong apa lagi ‘melencong.’ Saya seperti anak-anak kampung lain, berjalan kaki ke sekolah, berbasikal ke sekolah menengah, berhimpit-himpit di dalam bas, membanting kederat membantu orang tua berkerja kampung demi rezeki halal lagi berkat yang tidak sebanyak mana pun. Itulah, mana ada saya nampak negara luar. Jangan kata jauh, Singapura pun saya tak pernah jejak. Ada tak ada pun, Thailand-lah negara luar pertama yang saya merasa jejak…
Saya dapati, Malaysia walaupun cinoni tapi banyak isu. Kekadang terfikir saya, isu ini bagus atau tidak. Tiada isu itu mungkin bagus mungkin tidak. Mungkin kerajaan yang memerintah terlalu baik atau mungkin terlalu kejam. Iya, seperti junta-junta di sesetengah negara yang khabarnya mengekang kebebasan bersuara. Seperti Arwah Saddam Hussein pernah implement pada rakyatnya, semua tunduk. Isu kuranglah. Kini, selepas Saddam sudah gemulah…Iraq tidak sunyi dengan isu dan negaranya hancur jadi debu!
Di Malaysia, saya dapati isu berbangkit dan terus berbangkit seputar perkara yang sama – kepimpinan, keadilan, korupsi, ketelusan dan amanah. Semalam, Yong Teck Lee Presiden SAPP sudah buat pengumuman. Isulah itu. Isu kepimpinan. Di Perlis kes Sanglang…itu ketelusan. TNB pula ‘gagah’ sangat nak naikkan gaji, isu juga…keadilan.
Saya tidak fikir kita semua begitu naïf untuk diperbodohkan. Semua isu ini tidak wajar berbangkit jika kepimpinan bijak, hemah dan bertaqwa orangnya.
Sahabat saya yang rajin ke luar negara, pernah berbual dengan orang Singapura. Kata orang negara Singa itu, Malaysia sebenarnya akan jadi jauh lebih bagus dari Singapura, dengan syarat tiada korupsi. Tiada rasuah! Tapi sayang, Malaysia memang menjadi sarang orang yang korup. Rasuah sudah lumrah. Ketirisan merata-rata. Kronisme berleluasa.
Ah…Tidak perlu kita ulas, semuanya di depan mata. Cuma yang peliknya, masih ramai juga yang reda ditipu…hidup-hidup mereka ditipu. Agaknya, bila Izrail sudah mengetuk pintukah, baru mereka mahu tersedar?

2 ulasan:
Saya pun tidak pernah ke negara luar, tapi orang kata membaca itu ibarat mengembara juga.
Tapi saya ada keluarga angkat berbangsa Amerika, saya pernah berkerja dengan Firma Amerika, jadi saya sangat akrab dengan budaya kerja Amerika. Saya tidak nampak apa yang tak kenanya dengan sistem mereka seperti transperancy dan globalisasi.
Tapi saya tak faham kenapa officemate saya menganggap 2 pekara ini sebagai evilish, monstarish, Dajal. Maka diambil analogi perkara dalam kelambu bagi menolak apa-apa yang datang dari barat.
Saya tidak nampak apa yang tak kenanya jika kita transparent dan go global dalam bidang kewangan, ekonomi dan perakuanan. Saya juga tidak nampak apa kewarasannya menyamakan bidang-bidang ilmu pengurusan ini denangan ilmu perbidanan dan kerukunan rumahtangga, melainkan cuma untuk alter ego.
Betul tu...Mardhiah, membaca memang kunci...ia pintu yang membolehkan kita menakluki dunia...
Catat Ulasan