Khamis, Jun 05, 2008

Terima kasih Pak Lah…we love u…


Seputar jam 6 sore semalam, Pak Lah mengisytiharkan harga baru petrol dan diesel berkuatkuasa 5 Jun 2008....naik 78 sen menjadi RM2.70 bagi petrol! Seiringan dengan itu, jalan raya di hadapan rumah saya mulai dipenuhi kenderaan. Mereka semua bergelut mahu mengisi sepenuh mungkin tangki minyak. Isilah...mungkin ia tidak akan kering-kering selama setahun! Mak mertua yang baru datang dari kampung pun turut terperangkap dalam jem, bayangkan dari Tol Sg. Buloh ke Kepong mengambil masa satu jam! Apa-apa pun…tahniah kepada Pak Lah. Sesungguhnya, itulah keputusan yang bersifat AMAT-AMAT BERKEBAJIKAN. Iyalah, kenaikan 78 sen itu masih terendah di kalangan negara Asia, sepaling tidak jika disbanding tarakan dengan Singapura dan Thailand. Terima kasih sekali lagi Pak Lah…we love u!

Kemudian, mulalah panggilan dan SMS mengisi ruangan talian hand phone. Ramai menyuarakan kegusaran tidak kurang cadangan bersifat radikal, ‘Ayuh! Kita mogok!’ Tidak kurang juga yang menghantar SMS mendoakan sesuatu untuk orang yang paling ‘disayangi’; tapi…ah…biarlah, dia pun kan manusia, biarlah dia hidup lama sikit. Aku menyabarkan diri. Aku tahu…insya-Allah sesuatu pasti berlaku…doa orang kena zalim tiada hijabnya dengan Tuhan.

Malam aku malas nak berbual di surau. Mood sudah terbang, sudah hilang entah ke mana. Pak Imam yang aku tahu dia mengundi BN semasa election dahulu pun mengeluh…aduh…aduh… Aku balik tengok berita, lagi hilang mood dibuatnya. Aku tengok news TV9, TV3 aku dah tak percaya, lebih banyak propaganda daripada berita. Semua responden yang ditemuramah menyatakan kekesalan dengan tindakan drastik Pak Lah…pelik juga bagaimana pandangan mereka boleh lulus tayang, tapi ya…mungkin TV9, bukan TV3!

Cuma aku betul-betul angin dengan kenyataan Dato’ Dr Maamor, Presiden PPIM, katanya: “Rakyat kena ubah cara hidup…”

Aduhai…dato’ yang cerdik laksana, hang tolong habaq sat, apakah lagi yang kami kalangan rakyat yang sederhana ke bawah ini perlu ubah cara hidup?!!! Jika selama ini kami makan di restoran mamak, adakah selepas ini kami kena makan di gerai bawah pokok? Jika selama ini kami makan di gerai mamak bawah pokok, adakah kami kena ubah makan di gerai tepi longkang? Jika sebelum ini kami makan ikan sardin seorang seekor maka lepas ini kami kena kerat dua dan kongsi dengan anak-anak di rumah? Jika dahulu kami balik kampung ziarah orang tua sebulan dua kali adakah selepas ini kami kena balik satahun dua kali? Jika dahulu kami bagi anak duit belanja RM1 atau 50 sen, adakah selepas ini kena turun 20 sen? Jika dahulu tambang bas sekolah sebulan RM30, maka sekarang kami kena bagi RM15 dan anak kami kena jalan kaki separuh jalan? Jika dahulu kami bagi elaun kepada emak di kampung RM100 maka sekarang kena potong jadi RM50?

Ah!!! Cakap biarlah beralas. Terima kasih Pak Lah…terima kasih! Pak Lah pemimpin paling cerdik di alam maya ini...

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagi kereta atos, peningkatan kos adalah sebnayak RM25 bagi sekali isi (tangki penuh). Cuba kali 4 untuk sebulan dan kali 12 untuk setahun. peningkatan kos dengan harga baru adalah sebnayak RM 1200 setahun. Subsidi ynag diberi hanya RM625 stahun. Kerajaan masih untung.... nak mengaburi mata rakyat konon..

Tanpa Nama berkata...

motor kriss pun kalau isi 4 hari sekali full tank, peningkatan dalam 220 setahun. kerajaan bagi 150 je. tu tak kira yang isi minyak lagi kerap dari 4 hari dan yang guna moto cc besar sket macam 125, rxz. jalau moto 150cc ke atas tak tahu la brapa..

blackpurple @ jowopinter berkata...

Jom kita naik kuda!

Abang Long berkata...

Aku juga naik angin dengan kenyataan Presiden PPIM !

Adik aku sampai mencarut depan TV !

Adik ipar aku sampai tunjuk isyarat lucah depan tv !

Aku kata, relakslah ... inikan pilihan kita ... kita yang pangkah dia ? dah lupa ???

Tanpa Nama berkata...

Wargh!!! Kelakar memang kelakar...apa yang kau kelakar sangat?

Sebab orang Malaysia dah dapat hadiah 'istimewa' dari Pak Lah...

Sempena kemenangan 'hampeh' Pak Lah yang tak cukup 2/3 dahulu, maka Pak Lah sudah merangka meningkatkan keyakinan rakyat kepada BN, antara cara-caranya ialah:

1. Naikkan harga beras
2. Naikkan sekurang-kurangnya 41% minyak petrol
3. Pastikan rakyat ubah cara hidup, sebab dalam Islam pun suruh macam itu.
4. Pastikan keuntungan petronas diagih kembali kepada rakyat dalam bentuk projek mega juta, contoh: bina landasan berkembar ke Thailand
5. Pastikan seluruh menteri dan bini menteri terus hidup sederhana mewah, misalnya kurangkan shoping di London...cukuplah shoping di Singapore...ubah cara hidup
6. Tingkatkan subsidi kepada rakyat, dengan cara potong subsidi dan berikan tunai...dengan syarat setahun sekali sahaja...
7. Pastikan semua peniaga tidak menaikkan harga barang, dengan cara mengarahkan kementerian terbabit naikkan harga siling item tertentu, ayam misalnya naikkan ke RM10 sekilo! - baru sekadar cadangan
8. Galakkan rakyat bersifat sabar, misalnya jangan berdemo, kena sabar, al-ghazali dan al-syafie kan penyabar...
9. Memastikan lebih banyak pulau-pulau di sempadan akan dirujuk kepaa ICJ, supaya negara jiran tidak berputih mata dengan Malaysia
10. Akan mengadakan kajian dari semasa ke semasa yang bernilai jutaan ringgit, demi memastikan rakyat puas hati dengan BN

Terima kasih

U-HAH berkata...

To all visitors, tq

actually, rakyat Malaysia memang dah terkena...terkena kerana kita baik sangat. Kita setia memberikan kekuasaan kepada BN selama lebih 50 tahun. Setia dan terus setia. Maka inilah balasan kepada kesetiaan itu?

Opsss! Engko ngundi BN ke?

Tak...saya tak minat. Adakalanya tak mengundi lagi baik. Tapi walau pun saya tak mengundi BN, saya dapat apa? Dan mereka yang mengundi BN dapat apa?

Tepuk dada carilah hidayah...

"Orang-orang yang beriman itu tidak akan digigit oleh biawak yang sama dua kali dari lubang yang sama."

Wallahua'lam