Khamis, Ogos 14, 2008

Kisah PAS kena ejek, 10% UiTM dan ...


Ketika saya kecil-kecil dahulu, sakit sungguh hati saya bila kawan mengejek abah saya…katanya, orang yang menyokong PAS itu bodoh dan seleweng. Katanya lagi, makna PAS ialah Parti Angkatan Syaitan. Saya marah berbaur jengkel…tapi hanya dalam hati. Saya tak berani melawan. Sebab masa itu saya kecil lagi.

Apabila semakin besar, saya makin cerdik. Saya dah mampu membezakan. Apa itu Umno dan apa itu PAS. Saya bukanlah ikut membabi buta, sungguh pun babi buta pun sebenarnya tak tahu nak ikut yang mana…PAS atau Umno, sebab dia buta…alah…

Syukurnya saya diberikan akal yang cerdik dan mampu berfikir secara luwes. Tidaklah saya hanya bertaklid seperti muallaf yang baru kenal alif, ba dan ta. Saya membaca, berdikusi, berbahas, berdebat, mendengar dan berfikir…maka, saya tahu mana yang betul dan wajar untuk diikuti.

***

Saya tergelak dan senyum saya berisi hempedu, ia mengenai isu UiTM yang mahu dibuka 10% kepada non-bumi.

Lah!!! Sejak bila pula puak-puak tertentu bersikap terlalu sayangkan ‘hak sendiri’ ini? Sejak bila? Saya nak Tanya, siapa yang jatuhkan martabat bahasa Melayu, siapa yang tanam bibit tidak percaya kepada bahasa sendiri, siapa yang hapuskan biasiswa kepada hak bangsa dan pribumi sendiri, siapa yang lepaskan Singapura kepada ‘orang lain’, siapa yang leka hingga Pulau Batu Putih terlepas ‘lari’, siapa yang benarkan jutaan PATI masuk negara ini, siapa yang cabut kekebalan raja-raja Melayu dan banyak lagi…

Jangan beri tahu saya, kerana saya sudah tahu. Berilah tahu kepada mereka yang berdemo di hadapan SUK tempoh hari…

***

Media massa khususnya milik Umno – BN nampaknya ‘patah lidah’ bila berhujah dengan PAS. Saya gelihati melihat, dalam sekelip mata isu ‘gila talak’ (baca: muzakarah) Umno – PAS hilang dan sunyi sepi, bukan setelah Nik Aziz dan Hj Hadi keluar kenyataan; tetapi setelah Nik Aziz berkata, Hudud adalah agenda utama dan inti penggabungan jika terjadi!

Kini, media cuba mempolemikkan isu, kononnya dalam PR ada getar yang menggegar. Saya pelik. Getar apanya? Setakat sesekali terhinggut bahu adalah, itu pun kerana kaki lenguh dan bukannya ‘cah keting’ sesiapa!

Tapi dalam Umno…la, punya banyak isu ‘cah keting’ sesama sendiri. Malas nak sebutlah. Tapi, jika sampai BPR masuk campur, sampai ada ‘datuk’ sanggup lapor kepada BPR bahawa Pak Lah dan Najib ‘langgar’ arahan parti, sampai ada pelangkung dengan kayu golf…saya tak tahulah, adakah itu yang dikatakan ‘kedamaian dan keharmonian’ hakiki hanya wujud dalam Umno parti Pak Lah hadari?


Moralnya: PAS bukanlah Parti Angkatan Syaitan seperti yang pernah kawan saya sebut kira-kira 30 tahun dahulu…dan saya tak malu berketuakan orang tua yang sebaik Nik Aziz dan orang tua yang setegas Hj Hadi!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang yang menyokong umno kalau tak bodoh beerti dia jahat.akal fikiran jadi kelabu kerana wang ringgit.halal haram tak ambil peduli.umno dan kroni2nya yang bolot semua kekayaan. dari mana mereka dapat duit itu? adalah beberapa orang umno yang aku kenal mulanya kerja kuli2 sahaja tapi bila dah masuk umno ada kabel besar punya dapat tender juta2 bina mahligai.yang ada kuasa pula bukannya nak tolong bangsa melayu malah makin dipijaknya bangsa sendiri kerana nak mengumpul kekayaan lagi dan lagi tak cukup2.untuk dapatkan kekayaan dan kuasa sanggup saling menjatuhkan maruah bangsa sendiri.salah sendiri langsung tak nampak.pandai cakap orang makan harta orang masuk neraka habis kau tu mcm mana? sedarlah bangsa melayu semua sebelum semuanya hancur ditangan bangsamu sendiri