Saya orang Perak yang merantau ke negeri orang demi sesuap rezeki. Saya memang bercita-cita untuk balik dan pulang berkhidmat di negeri sendiri. Tapi, ketentuan Tuhan selalu mengatasi. Akhirnya saya tercampak ke sini, maka di sinilah saya menaburkan jasa dan bakti…cheewah….macamlah banyak bebenor jasa dan baktinya yeop! Saya tertarik hati apabila membaca sebuah blog (http://alhusseyn51.blogspot.com/2008/08/sekelip-waktu-di-sekitar-pejabat-mb.html) yang menggambarkan situasi di sekitar pejabat MB Perak. Menurut blogger berkenaan, segala urusan dipermudahkan. Saya bersyukur dengan sikap baik pihak pejabat MB Perak. Mudah-mudahan, berkekalanlah kerajaan PR Perak dan juga berkekalanlah segala kebaikannya, amin.
***
7 Ogos 2008 dalam jam kurang lebih 5 petang, seorang kawan melaung: 'Syeikh…malam ini jangan lupa Taman Medan!" Ya saya tahu, ada ceramah Anwar nanti. Tapi saya berbelah bahagi, mahu pergi atau tidak. Namun, apabila mengenangkan ceramah ini selepas insiden tegang apabila Anwar disapina agar ke Mahkamah dan juga menjelangnya Pilihan raya Permatang Pauh, maka saya gagahi juga. Mujur ada paktih saya buat peneman dan penguat semangat. Nak tahu? Saya rasa tak rugi berjalan jauh demi mendengar ceramah semalam. Sepanjang saya mendengar ceramah Anwar mahu pun Azmin Ali, ceramah semalamlah paling berani rasanya. Mereka meluahkan perasaan. Mereka menunjukkan siapa anak jantan. Mereka mencabar penuh keberanian!!!
***
Beberapa hari lalu, saya terbaca berita Bangunan Umno Shah Alam diarah menjelaskan baki tunggakan cukai pintu bernilai RM500 ribu ringgit! Mak oiii…gilo apo, banyaknya! Saya bersembang dengan kawan, jika PR tak ambil alih Selangor maka sampai bila-bila pun rakyat tak akan tahu Umno ni rupanya culas dan paling liat nak bayar cukai pintu. Bahkan saya tak dapat bayangkan, bagaimana nanti jika PR mengambil alih Malaysia…tak dapat dibayangkan berapa banyak lagi bangunan milik Umno yang terhutang cukai pintunya! Lalu saya teringat kisah Khir Toyo memberi penyapu kepada PBT di Hulu Selangor kerana gagal mencapai sasaran mengutip cukai. Saya nak sarankan, ambil penyapu itu dan *%$^& balik Khir Toyo…sebab rupa-rupanya, dia sendiri lagi culas dan cuai menunaikan cukai pintu. Bukankah dahulu dia adalah Ketua Umno Selangor…awat dia ni teruk sangat ha?! Kena kat orang lain dia gedebe bukan main, kena batang hidung sendiri…hmm!!!
1 ulasan:
semua orang sudah tahu kebenaran itu tapi kenapa masih ada orang yang tak mahu berubah masih menyokong bn. tak lain tak bukan kerana takut kemewahan yang selama ini dikecapi tanpa bersusah payah tak dapat dinikmati lagi. tak takut azab neraka makan duit rakyat.jahanamkanlah manusia2 sebegini perangainya
Catat Ulasan