Kelab Buku U-HAH
Saya mempunyai banyak buku di rumah. Rak buku saya sudah melimpah-limpah. Dulu saya dah bercadang untuk menempah kabinet khas setinggi syiling, tapi kenaikan harga barang dan kos upah membantutkan hasrat murni saya itu. Kini, saya hanya boleh berpuas hati dengan rak buku yang ada.
Ramai kawan yang berhasrat mahu meminjam buku-buku saya. Sebenarnya, saya sayangkan buku-buku itu. Namun, apabila melihat ia hanya tersimpan di dalam rak setelah dibaca, terasa rugilah pulak. Jadi, apa yang harus saya lakukan…?
Akhirnya seorang sahabat memberikan ide, apa kata saya sewakan buku saya? Kami berdiskusi ringkas. Akhirnya juga, timbullah ide mewujudkan Kelab Buku U-HAH. Kelab ini akan menyediakan khidmat sewaan buku-buku saya. So…bagaimana?
Cadangan saya, saya akan mengenakan yuran keahlian seumur hidup RM20 dan yuran tahunan RM10…selepas itu, setiap orang ahli boleh membuat pinjaman buku-buku yang mereka minati. Okay tak idea ni?
Koleksi buku saya? Banyak….ada koleksi Sasterawan Negara, penulis muda dan banyak lagi… sila emailkan saya (hamizul.ah@gmail.com) untuk memberikan idea anda?
Menunggu Saat Balik Kampung
Hati saya berdetak riang menanti saat untuk pulang ke kampung. Insya-Allah…Sabtu ini saya baliklah. Sudah lama tak jumpa emak dan opah. Sudah lama tak ziarah pekan Lenggong. Sudah lama tak berendam dalam air sungai yang sejuknya mencengkam urat saraf. Sudah lama tidak pekena roti canai di pekan Karai dengan abah mertua. Sudah lama tidak mengelewar di pekan Kuale. Sudah lama tak pekena laksa dan cendoi. Wah! Wah! Banyak aktiviti yang menanti apabila saya pulang nanti!
Sebenarnya, saya membayangkan buah-buahan yang menguning dan memerah di sekeliling rumah. Buah rambutan pasti sudah ranum, langsat dan dokong pasti sudah masak benar, manggis pasti bergelimpangan di bawah, durian pula mungkin sudah habis tinggal saki-baki sahaja lagi. Buah larah mungkin sudah habis gugur. Cempedak mungkin ada lagi. Hmmm…syioknya duduk di kampung pada musim buah-buahan. Sempat ke saya balik ni?
Sesungguhnya saya anak kampung yang sentiasa kasmaran kepada kehijauannya. Saya membayangkan masa tua saya nanti, pulang ke kampung dan memiliki sebuah teratak sederhana di sebuah kawasan dusun yang menghijau dan meriah dengan buah-buahannya…saya namainya ‘Dusun Hidayah.’

1 ulasan:
1.Bagus idea Kelab Buku tu. Tapi, sebelum pinjamkan, pastikan buku-buku di rak tu milik sendiri. Manalah tahu, kalau ada yang dipinjam dari orang lain... he he
2. Minggu lepas kami panjat pokok rambutan kat salak. Warna merah dah nak hitam. Banyak sampai kami buat jem..
Catat Ulasan