Ketika di alam kampus, saya terlibat dalam gerakan pelajar Islam. Islam Penyelamat Ummah adalah wadah kami kala itu. Kami berkerja untuk mengembalikan Islam sebagai nuansa kepada Persatuan Mahasiswa UKM dan juga kamsis-kamsisnya. Kala itu, saya diangkat menjadi calon di Kamsis Ungku Omar. Seramai kira-kira 10 orang bertanding bagi merebut Jawatankuasa Kebajikan Siswa Kamsis atau dikenali Jaksa. Dari jumlah itu, hanya seorang gagal mendapat tempat sedang yang lain berjaya, termasuklah saya. Kami berjaya mengalahkan Tindakan Siswa Bersatu.
Setelah keluar kampus, saya masih cenderung melibatkan diri dengan gerakan Islam. Sememangnya berada di dalam wadah yang memperjuangkan Islam memerlukan ketahanan hati. Saya lalui zaman getir, dipanggil temuduga berulang kali namun gagal mendapat sebarang jawatan. Saya terfikir, ia barangkali ada hubungkaitnya dengan keterlibatan saya dalam Gerakan Islam itulah. Saya redha. Rezeki ada di mana-mana.
Sebab itulah, semasa di kampus kami sering diingatkan…perjuangan ini panjang, tiada hamparan permaidani merah dan penuh liku. Saya akui, memang agak menyakitkan. Sebab itulah, ada yang lebih suka menjadi penyokong secara diam-diam. Ada juga yang berpatah ke belakang. Semoga saya istiqamah meladeni kehidupan. Saya tahu, inilah jalan yang Allah SWT mahu saya lalui, jalan membawa obor Islam.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu aku tunjukkan satu jenis perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang dahsyat. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjuang pada jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu. Itulah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.”
- Petikan ayat ke 10 & 11, surah As-Shaff

1 ulasan:
Saya pun pernah tinggal dan menjadi JAKSA Koleh Ungku Omar UKM tahun 2002/2003 atas proksi IPU. selepas itu ASPIRASI mengamuk dan habis semua kolej, PMUKM dirampas mereka. tapi perjuangan itu perlu diteruskan. Salam Ukhwwah
Catat Ulasan