Saya sebenarnya adalah penikmat filem. Saya suka menonton dan saya mudah dibawa arus keharuan sesebuah filem. Filem yang saya rasa begitu menjentik emosi sejak dahulu antaranya Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsudin dan Ibu Mertuaku arahan Tan Sri P. Ramlee. Saya terkesan dengan dialog yang dituturkan, pemilihan lagu latar dan adunan plot yang menjadikan kita seakan terbuai sama. Ia ibarat kisah reality walau hakikatnya sebuah filem. Mungkin ya, ia diadaptasi dari kisah sebenar manusia dan masyarakat; namun pastinya sudah bertambah bumbu dan rencahnya.
Mutakhir ini kita sering mendengar perihal filem yang ditayangkan dengan pelbagai tajuk, yang zahirnya kian jauh terpesong dari arus Islam. Filem yang sepatutnya menjadi wadah bagi khalifah Allah seperti kita menuangkan roh Islam hingga mampu menyedarkan kealpaan masyarakat; bahkan menjadi agen yang kian menghanyutkan. Filem hari ini gagal menjadi agen perubah ke arah positif; sebaliknya filem lebih menyesatkan.
Saya ada menulis begini di Blog Faisal Tehrani:
“Nampaknya negara kita seakan ketandusan pembikin filem yang islami. namun saya rasa tidak, bahkan yakin ada. cuma dimana? sdr perlu menggerakkan upaya ini. saya ingat, kita pernah ada filem syukur 21 yang rentaknya islami, menjaga batas akhlak dan aurat. juga kita ada penulis skrip yang masih setia dengan nuansa islam, sekadar contoh ialah zabidi. mungkin tiada kesatuan dalam bentuk penyatuan sebenar, bukan sekadar ideologi tetapi halaqah seni yang memperjuangkan islam. inilah cabaran kita dan saya yakin sdr mampu menanggapinya. masyarakat dahagakan alternatif tetapi yang kerap dihidangkan adalah kopi pahit yang ditaruh lebih gula bagi menghilangkan pahitnya. lalu, yang tinggal ialah kesan jangka panjang, pengidap diabetes yang menunggu kehancuran.”
Benarkah? Bagi saya, jujurnya inilah cabaran buat mereka yang merasa ada darah seni mengalir panas di dalam tubuh mereka. Suatu anjakan hendaklah dipacu. Kekuatan hendaklah dicari. Kita tidak boleh selamanya menyalahkan orang lain, justeru mereka yang membuat salah itu sebenarnya memang mahu atau sengaja membuat salah; bahkan mungkin langsung tidak merasa bersalah.
Kitalah yang harus menyediakan alternatif kepada masyarakat. Anak-anak seni yang ada kesedaran Islam wajar mendekati golongan korporat yang kaya-raya, campakkan ide bahawa filem ada unsur didikan kepada ummah. Filem yang rosak akan merosakkan ummah. Dan tanggung jawab mendidik ummah adalah terletak di bahu kita semua. Jika tidak, di akirat kelak kita akan lelah selelah-lelahnya, saat menjawab segala persoalan – hanya kerana kita bersikap ‘ah…biarkanlah’ semasa di dunia.
Wallahua’lam!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan