Selasa, Mei 20, 2008

Dr M dan ulahnya...


Sebenarnya, terus teranglah…saya sudah malas mengulas. Mengulas isu politik kepartian umno. Sejak usai pilihan raya hingga saat ini, tidak habis-habis ribut, badai, tsunami dan putting beliung yang mendadak tiba. Saya lihat umno memang parah. Tapi itulah, malas saya nak ulas.

Namun, semalam kawan-kawan menelefon dan meng’sms’. Kata mereka, Dr M dah keluar umno. Buatlah ulasan sedikit. Saya senyum dan terfikir, apalah yang saya nak tulis. Saya bukanlah pencerap dan penganalisis politik, tidak segagah Lutfi Osman, Sayuti Omar atau segeger Raja Petra dan Hishamudin Rais. Saya hanyalah pemerhati dari jauh. Melihat apa yang berlaku dan menjangka apa akan terjadi seterusnya…

Sebenarnya, politik adalah permainan. Sama seperti dalam apa-apa permainan, mesti pandai menggelecek, mencari ruang dan luang dan membuat kejutan. Peminat fanatik bola sepak pasti tahu helah dan taktik setiap pasukan favourite mereka…saya, jangan tanyalah. Mutakhir ini, saya memang amat kurang menonton apa-apa sukan…hinggalah isteri terkejut apabila saya bertanya badminton piala Thomas malam kelmarin di saluran TV mana… “Hai…bila masa pula minat sukan ni?”

Dr M adalah politikus tulen, itu pandangan saya. Dia ada sesuatu yang tidak ada pada orang lain, iaitu berani, tegas, konsisten, ekstrim, suka menyerang dan suka membuat kejutan. Betul atau salah bukan perkiraannya. Yang penting dia tahu apa yang dia mahu dan dia akan bergerak ke arah itu.

Dr M pernah mengaku dia adalah ‘Islamic Fundementalist’…betulkah? Saya tidak mengiyakan, justeru bagi saya dia lebih cenderung kepada elemen secularist yang kekadang merugikan Islam. Kenyataan keras Dr M membelasah enakmen syariah Kelantan yang memuatkan hudud sudah menjadi bukti. Namun, atas deklarasi itulah Dr M begitu lantang melanyak dan membantai U.S. Sekali lagi, ia adalah permainan…politik adalah permainan, it’s a game.

Saya menjangkakan, suasana selepas ini lebih gawat. Pak Lah dan konco-konconya tentu lebih agresif. Titik serangan mereka sudah kelihatan, jelas mereka mahu Dr M dikaitkan dengan insiden ‘correct…correct…correct!’ Jika Pak Lah masih perlahan dalam tindakannya, Pak Lah akan kalah. Ingat, ini adalah permainan Pak Lah. P. Ramlee kalah ketika bertumbuk dengan Syarif Dol samseng Kampung Dusun kerana tidak membaca ‘permainan’ Syarif Dol. Hanya dengan pasir dia kalah…

Namun, jauh di sudut hati saya terfikir. Bahana yang menimpa umno bertubi-tubi ini pasti ada sebabnya. Setiap yang berlaku di atas muka bumi pasti bersebab. Saya yakin, umno yang begitu melencong dan tersasar daripada landasan sebelum ini sudah menerima punishment daripada Allah SWT. Mungkin sudah makbul doa para mustadhafain yang terdera mental dan spiritual mereka. Lalu, terkabullah doa mereka.

Ya, teringat saya bait-bait kalimah lewat doa yang dibacakan saat qunut nazilah….

“Pecah-belahkanlah kesatuan mereka,
Goncangkanlah kedudukan mereka…”

Wallhua’lam.

Tiada ulasan: