Anda seorang blogger? Jika ya, anda termasuk orang yang rajin. Jadi blogger kena rajin, rajin up-date posting baru, rajin buka blog kawan-kawan, rajin menelaah cari bahan dan kena rajin buat perubahan. Saya respek sangat kepada orang yang mempunyai kemampuan mempertahankan blog mereka, bertahun-tahun tanpa jemu dan culas.
Saya melihat, blog adalah cerminan diri kita. Apa yang ditulis adalah dari dalam hati. Ia ibarat diari yang kita tulis semasa remaja dahulu, bezanya cuma…dalam blog tiada sangat rahsianya berbanding diari yang pastinya penuh warna-warni rahsia…cis! Mimpi dengan si dia pun nak tulis dalam diari!
Dalam blog, kita boleh ekspressikan apa yang kita mahu. Orang tidak boleh marah kita, kerana ia blog kita. Namun, kita masih terikat dengan adat dan syariat. Saya kurang setuju blogger yang terlalu celupar dan biadap dalam menulis, menegur atau memperkatakan sesuatu.
Blog ada macam-macam, blog famili, blog kerja, blog politik, blog buku dan blog berita atau peristiwa. Saya sukakan blog yang rencam, di dalamnya ada isu politik sedikit, buku, peristiwa dan lain-lain lagi. Bagi saya, blog yang ada pelbagai rempah dan ratus itulah mewakili diri kita, ya lah…mana ada orang yang tak suka menyanyi melainkan dia memang tak reti menghargai seni, maka dalam blog saya fikir perlu ada unsur itu – seni dan sasteranya.

4 ulasan:
Kalau anda tidak setuju, do you feel like killing them or wish mereka vanished from the blogsfera?
Bayangkan bos anda sebiji macam itu?
Apa pasal ko tak jawab? Orang Melayu kata diam itu tanda setuju. Nanti aku siapkan 2,3 ntri lagi. lepas itu aku tutup blog dan futher study dan masuk politik. Nak jadi MP kenalah at least ada degree betul tak.
Tapi kalu kat Melaka ni, kalau logo cap Dacing tulah kan SPM pun tak kisah.

Alahai...sabor le, diam tu tengah dok memikir apa nak jawab, engko punye ayat power sangat...
Catat Ulasan