Lidah mulia Ar-Rasul pernah menitipkan bicara: “Wahai manusia sekalian! Sesungguhnya Tuhanmu adalah Satu, dan kamu semua berasal dari bapa yang satu, setiap kalian berasal dari Adam, dan Adam terbuat dari tanah, orang yang paling mulia di antaramu adalah mereka yang paling bertakwa. Tidak ada KEUTAMAAN bagi orang Arab atas orang bukan Arab, dan (sebaliknya) tidak juga bagi orang bukan Arab atas orang Arab. Juga tidak ada keutamaan bagi orang kulit putih atas orang kulit merah, kecuali dengan TAQWA”
- Cuplikan dari wasiat saat Khutbatul Wida’
Ketika mana rasulullah SAW melagang usaha dakwah, nabi sering menekankan aspek aqidah. Aqidah yang membibitkan ukhuwwah. Nabi tidak membezakan antara ras dan etnik mahu pun warna kulit. Nabi menekankan persamaan hak, tanpa mengira keturunan bangsawan atau tidak dan nabi meninggikan darjat wanita. Nabi tidak pernah sekali mendabik dada bahawa baginda adalah mulia kerana keturunan. Benar nabi anak bangsawan Quraisy yang keturunan baginda adalah penjaga Kota Makkah. Namun dalam Islam, keturunan bukanlah batu asas. Hanya iman dan taqwa nilai manusia di sisi Allah SWT.
Sejarah Islam menunjukkan, Islam dipacu oleh pelbagai bangsa yang berpadu atas satu aqidah yang sama. Farsi, Habsyi atau Arab mahu pun Badwi, semuanya sama, semuanya sekata di bawah nama Islam. Nabi tidak membeza-bezakan antara Abdul Rahman bin Auf dengan Bilal bin Rabah, walau Bilal asalnya seorang hamba yang hitam kulitnya. Nabi bahkan pernah memarahi seorang sahabat yang masih memanggil Bilal dengan nama ‘Budak Hitam’ dengan menyatakan, saki-baki jahiliyyah masih berbekas di hati sahabat itu. Bahkan Nabi SAW menerima pakai idea Salman Al-Farisi menggali parit yang besar mempertahankan Kota Madinah saat perang Khandaq atau Al-Ahzab sedang memuncak. Nabi tidak memperlekehkan idea yang datangnya bukan dari manusia berlidah Arab!
Perpaduan atas nama bangsa ini tajaan siapa? Allah SWT yang menjadikan semua manusia daripada semua bangsa, apakah mulia kita menjadi bangsa sekian dan apakah hina orang yang menjadi bangsa sekian? Adakah kita sendiri minta dilahirkan berbangsa-bangsa? Apakah bangsa ini jaminannya syurga? Adakah bangsa menentukan syurga mana kita berada? Atau adakah bangsa dapat mengelakkan kita daripada bakaran api neraka?
Pesanan Allah SWT di lembaran Al-Hujurat ayat 13: Wahai manusia, sesungguhnya Kami jadikan kamu terdiri daripada lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbagai bangsa dan kabilah, adalah untuk saling berkenalan. Sesungguhnya yang lebih mulia di kalangan kamu ialah orang yang lebih bertakwa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan