Saat cuti dan berpulang ke kampung pada beberapa purnama lalu, abang ipar saya Jiwarasa menghadiahkan sekeping CD, Opick dengan tajuk luarnya Ya Rahman. Isteri beliau yang dihantar bertugas ke Indonesia membelikannya. Teringat saya, dahulu semasa beliau dan ibu bapa mertua saya berkunjung ke Padang, selepas itulah mereka telah memperkenalkan lagu-lagu dan lirik puitis nyanyian Opick. Saya turut dimaklumkan, jika di Malaysia kita ada Akhil Hayy seorang rocker yang berubah arah menjadi pendakwah, maka di Indonesia mereka ada Opick.
Kata abang ipar saya, lagu-lagu di dalam CD itu ‘best’ belaka. Tidak puas mendengarnya. Kami pun sepanjang perjalanan pulang ke KL memutarnya berulang kali. Akhirnya, saya dapati anak sulung saya sendiri sudah jatuh hati dengan lagu-lagu Opick, khasnya sebuah lagu bertajuk ‘Rapuh.’
Lirik Rapuh memang menarik…ditambah dengan muzik iringannya yang bagi saya menggabungkan kepelbagaian, hatta ada elemen rock di situ, mampu melahirkan sebuah lagu yang mencabar minda dan menggugah rasa. Saya sering menyanyikannya dan anak saya bahkan turut teruja... Kami sering menyanyi berpadu suara…
Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan, berhias gelap dan terang, suka dan duka tangis dan tawa, tergores bagai lukisan, seribu mimpi berjuta sepi, hadir bagai teman sejati, di antara lelahnya jiwa, dalam resah dan air mata, kupersembahkan kepadaMu, yang terindah dalam hidupku, meski kurapuh dalam langkah, kadang tak setia kepadaMu, namun cinta dalam jiwa, hanyalah padaMu, maafkanlah bila hati, tak sempurna mencintaiMu, dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertahta, detik waktu terus berlalu, semua berakhir padaMu
Lirik: Opick
Tiada ulasan:
Catat Ulasan