Khamis, Mei 08, 2008

Bonda...akhirnya, terbuka juga rahsia

Saat memandu ke Shah Alam pagi tadi, saya membunuh kesunyian dengan memasang radio. Menggebu-gebu lagu dimainkan, namun lagu M Nasir yang dikumandangkan amat menggigit indera saya. Ia lagu syahdu, kerana ia untuk ibu. Lantas saya terkenangkan emak di kampung. Tajuk lagu itu ialah ‘bonda.’

Baitnya berbunyi indah…

“Bonda….akhirnya, terbuka juga rahsia,
gurindam dan tangisan,
kerana kasih-sayangmu…”


Tanggal Ahad 11 Mei 2008 ini, akan disambut Hari Ibu. Saya menghimbau kembali saat-saat manis kala emak sering menjadi teman paling istimewa. Emak yang busuk itulah manusia paling wangi. Emak yang tidak begitu cantik itulah wanita paling lawa. Emak yang mengaji tidak begitu tinggi itulah manusia paling cerdik. Emaklah segalanya. Emaklah teman kala mendung kelabu berarak mengundang sebu di dada. Emaklah yang akan mendamaikan rasa. Emaklah segalanya….

2 ulasan:

redSeptember berkata...

laaa... lirik lagu rupanya. ingatkan bebetul la ada rahsia tadi :P

U-HAH berkata...

Redseptember...Eh...rahsia la tu... Hmm...spa nak bagi kat mak ni ye?