Semasa mula-mula menikah, usia baru 24. Terasa masih gagah serba-serbi. Itu belum diambil kira sebelum kahwin. Panjat bukit dan gunung ok, meredah sungai memanjat lata ok, kayuh basikal dari Pulau Pinang ke Lenggong ok, berbual-bual malam raya tak tidur sampai pagi pun ok. Pendeknya, ke’ok’an itu kian kuyu dan layu kini. Baru nak berjaga malam, cecah jam 10 mata sudah terkedip-kedip disapa kantuk.
Itulah, tidak terasa usia berlari. Rupa-rupanya, melihat anak barulah terasa diri sudah tua. Dahulu anak masih kecil. Saban bulan memborong diapers sampai empat kartun besar. Susu pula beratus ringgit. Mengangkut buaian ke dalam kereta untuk balik kampung. Selalu ke klinik kerana asma dan lelah. Sampai ke Klang mencari klinik pakar.
Kini, anak sulung sudah pun besar. Saiz kakinya sudah menyamai saiz kasut umi. Anak kedua pun sudah besar. Sudah pandai berkira memijak belakang berapa minit lamanya dan apa pula upahnya. Anak-anak yang besar inilah rupanya cermin. Sedarlah usia sudah lanjut. Semakin tua rupanya.
Begitulah juga, apabila pulang ke kampung. Mak dan abah sudah memutih kepala. Dahulu, jika makan sedap sahaja. Kini banyak sangat pantangnya. Dahulu emak gagah menarah bukit menanam ubi dan pisang. Kini emak selalu mengadu lututnya sakit, pinggangnya lenguh dan darahnya naik. Gula pun suka tumpang dalam air kencingnya.
Rambut emak pun sudah banyak beruban. Warna putih itu menyerlah apabila sesekali emak menanggalkan serkup kepalanya. Aduhai, sudah tua emak…maknanya, aku ini pun sudah tua.
Jambang abah mertua pun sudah putih. Terlihat gambar waktu diakad-nikahkan dahulu, masih hitam berkilat. Tapi itu cerita 10 tahun dahulu. Kini, abah dan mak mertua memang sudah tua. Sudah ramai abang dan kakak mereka yang pergi ke alam baqa. Satu demi satu, dua demi dua.
Opah pula lagilah tua. Angah pun makin tua. Alang pun makin tua. Atih pun makin tua. Acik pun makin tua. Semuanya makin tua. Makin tua bermakna makin dekat kepada-Nya. Makin tua bermakna makin dekatlah aku KE SANA…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan