Khamis, Mei 29, 2008

POLIS PERLUKAN ANJAKAN PROFESIONALISME


Isu benteng batu yang menghadang jalan di Bandar Mahkota Cheras kian kronik. Kini sudah masuk menggunakan khidmat ala-samseng. Penduduk yang membantah dibelasah. Paling lucu, polis trafik yang ada berdekatan ibarat tunggul kayu. Ketua Polis Kajang menyatakan, mereka itu polis trafik. Dihantar untuk mengawal lalu lintas sahaja, sebab itu mereka tidak dapat kawal pergaduhan! Hah! Hah! Hah! Sejak bila polis boleh buat alasan dan lawak bodoh seperti ini? Sejak bila?

Seorang remaja Cina berlumuran darah pula akhirnya dibelasah FRU. La…balik-balik FRU. Dahulu FRU pernah dibenci orang, sampai ditulis di tepi tembok jalan…FRU @#^&%! Saya nak sebut tak gamak. Kini, FRU bikin gempar lagi. Apa ni…Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu berjanji akan menyediakan peguam kepada pihak yang teraniaya! Teraniaya kerana, budak itu dikhabarkan tidak terlibat secara langsung; tetapi dalam perjalanan pulang dari KL dan dituduh pula melanggar polis. Buktinya? Cota polis patah…aduh…tolonglah, cota aje yang patah bang?

Jadi, di mana profesionalisme polis kita? Sudahlah Polis Malaysia sering berat sedikit timbangannya dalam mengendalikan kes. Kes melibatkan pihak tertentu memang cekap; tapi kes melibatkan pihak-pihak berkenaan lain…alahai…kertas siasatannya pun tak tahu ke mana? Saya mengidamkan sebuah pasukan polis yang beriman, bertaqwa dan professional. Bilalah saya akan mendapatkannya?

Tiada ulasan: