“Keluarga pemuda yang mendakwa penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya akan mengadakan satu sidang media selepas tengah hari ini. Keluarga Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa kesalahan itu dilakukan kali terakhir 26 Jun lalu, dijadual menjelaskan isu menggemparkan itu 2 petang ini di rumah mereka di Bandar Utama. Polis semalam menghabiskan masa selama lima jam, menjalankan siasatan di sebuah kondominium di Desa Damansara, tempat yang didakwa berlaku perbuatan tersebut.” – Malaysiakini.com
Apa? Liwat ke lewat? Istilah ini popular era Dr M masih menampuki kerusi PM. Ketika hujung 1990-an. Anak-anak kecil yang baru mengenal ikan bulu ayam, baru belajar kenal burung punai sendiri dan baru mumaiyiz turut dipaksa. Dipaksa mendengar kalimat…apa tadi…liwat itu!
Ceh! Hampir 10 tahun berlalu maka sekonyong-konyongnya kalimah ‘liwat’ kembali ke udara. Kali ini masih mengotori nama yang sama: Pak Syeikh Anwar! Jika dahulu yang mengaku diliwat orang lain, kini budak lelaki tak habis ngaji universiti pula mengaku. La…kenapa ada orang sangat gemar bermain dengan ‘liwat’ ini? Tak faham aku!
Saya rasa semua orang, tidak pernah membayangkan untuk menyebut kalimah berbunyi dan berkonotasi negatif seperti: celaka, haram jadah, anak haram, main belakang, mangkuk hayun dan termasuklah LIWAT ni! Apatah lagi mempromosikannya secara leluasa…di TV dan akhbar.
Cuba anda bayangkan, jika anak kita yang berusia empat, lima atau enam tahun sedang menonton berita TV dan mendengar: “Penasihat Parti Keadilan Rakyat bakal berhadapan dengan tuduhan liwat, setelah pembantu beliau mengaku diliwat di sebuah kondominium mewah di Damansara sekitar dua bulan lalu.”
Lalu anak kita Tanya: “Ayah, liwat tu apa?” Kita pun jawab: “Liwat tu adik, ala…main belakang orang.” Anak kita Tanya lagi: “Main kat belakang tu apa yah?” Jawab kita: “Ala…macam adik suka main belakang ayahlah…macam adik…er…pijak atau picit belakang ayah. ” Si ayah terpaksa memberikan jawapan yang sesuai dengan pemikiran anaknya…takkanlah si ayah akan menggambarkan maksud sebenar erti liwat!
Satu hari, si ayah sakit belakang dan meminta isterinya memicit belakang. Nampak kat anak, dia pun kata: “Ha…Ibu…ibu liwat ayah ya….” Apabila ada orang bertanya si anak, apa kegemaran ibu dan ayahnya pada waktu rehat di siang hari, si anak pun berkata: “Mak dan ayah aku suka main liwat-liwat.”
Ya! Itulah kesannya kepada anak-anak. Mungkin kita beranggapan ini benda kecil; tapi perkataan LIWAT ini akan kekal dalam kotak fikiran mereka hingga dewasa. Dan dalam proses menuju kedewasaan itu, mereka akan melalui tahap-tahap transisi seperti usia remaja. Anda pasti pernah mendengar, usia REMAJA adalah period paling kritikal bagi remaja. Kerana, pada usia remajalah anak-anak akan bersifat ingin mencuba. Saya takut mereka mencuba-cuba pula apa maksud liwat sebenarnya. Di Malaysia, kita pernah gempar murid sekolah usia lapan tahun sudah pandai melakukan oral sex...argh!!!
Ya, janganlah anda pelik jika satu masa nanti perbuatan liwat-meliwat sudah menjadi biasa di Malaysia. Kerana apa? Ya, keranan pemimpin Malaysia dan media massa sendiri suka mempromosikannya! Agak-agaknya, apalah yang kita akan jawab di hadapan Allah Rabbul Jalil nanti ya?

5 ulasan:
Saya sejak kecil lagi ayah sendiri dah ajar apa itu liwat sejak mula kenal Quran lagi.
Semasa saya berumur 11 tahun saya sudah mula belajar mengaji Al Mutaal Badrain dalam bab Fekah, jinayat dan munakahat sekali lagi ayah saya ajar pasal liwat. Dalam kitab itu liwat tak di samakan dengan zina. Cuma Yusuf Qardhawi mengambil pendekan menyamakan liwat dan zina itu sama, mungkin sebab zina dan liwat dah sama banyak agaknya.
Sesungguhnya saya rasa pelik kenapa perlu rasa malu bila anak-anak bertanyakan akan hal itu? How old is your kid? Mereka tak diajarkan Quran dan Fekah & thaharah ka?
Kan dalam ilmu Fekah & Thaharah ada ajar the do and don't masa perempuan haid, serta sebab-sebab mandi wajib? Dalam Quran ada cerita kaum nabi Lut.
U-HAH, lama juga saya tidak bertandang ke sini..cantik sudah, seni nya blog ini. menangkap minat saya untuk melayangkan
jemari ini memberi komen. Hari ini, liwat bagai satu permainan dunia sehingga lupa pada islam dan tertibnya.
Semoga kita selamat, insyaAllah. Selamanya di sini dan di sana, dan perlindungan kepada kebenaran.
kirim salam zaujah dan anak-anak kecil...anak-anak kecil baru berlatih mengenali dunia...kan?
Mardhiah, zaman awk kecik dgn zaman bdk2 skang jauh bezanya..tu yg awk kene faham..
Salam Mardhiah,
Saya akui dalam fikah khususnya bab taharah, memang menyentuh aspek kebersihan diri. kita turut menyinggung unsur-unsur seksual. Iya, bila datang haid atau mimpi keluar mani, apa nak buat. dalam bab ibadat, bulan puasa antara perkara yang membatalkan puasa ialah persetubuhan di siang hari. Begitu juga bila belajar bab jinayat, ada disentuh hukum hudud kepada pelaku zina. maka diterangkan zina itu bagaimana. Saya teringat, tok guru saya menerangkan dalam bahasa kitab kuningnya, kira-kira begini: "Bagaikan batang celak memasuki lubangnya, habis hingga ke tengkuknya tenggelam semua sekali...itulah baru dinamakan berlakunya jima.'
Tapi, semasa belajar kita ditekankan aspek belajar untuk ilmu dan faham dalam amalan. Ia berbeza dengan apa yang dipaparkan di media massa, mendedahkan untuk tujuan apa...pendidikan atau apa?
Qudwah_Mardihah,
Selamat kembali menemani saya di blog ini. T/kasih bagi pujian itu. Anyway, isteri saya mengagumi bahasa sdr, tinggi katanya...
Tanpa nama,
saya teringat seorang ustaz pernah berkata: "Akhbar (baca media) hari ini, gagal mendidik anak-anak kita. Percayalah, jika mereka membesar dengan akhbar, maka ratusan bahkan ribuan kes rogol, bunuh, rompak, ragut dan sebagainya akan dimuatkan dalam minda mereka..."
Saya tidak sanggup membayangkan generasi masa hadapan kita, selagi mana media massa kita masih bangga memaparkan berita 'Datuk RATAH gadis' di muka hadapannya!
Ya Allah, kurniakanlah kami seorang alim yang wara' untuk memimpin kami dan membetulkan kepincangan media kami, amin.
Salam sejahtera
Terpanggil betul nak sampuk sibuk sekali soal penggunaan LIWAT itu..
memang betul la media massa telah memainkan peranannya.. untuk merosak dan meracun pemikiran anak bangsa sendiri..
buat tajuk besar2 depan akhbar dengan ayat yang begitu sensitif.. seolah2 nak menggalakkan perlakuan yang keji tersebut..
ntah apa yang mereka fikir.. keuntungan saje barangkali..
http://muchang.wordpress.com/
Catat Ulasan