Bodoh, bengap, kaldai!!! Arg, saya sendiri pelik. Kenapa akhir-akhir ini agak lancang mulut saya menghambur kalimah-kalimah seperti ini. Saya teringat, hati kecil saya merintih sedih apabila satu malam di surau, saya meluahkan emosi saya dengan menyatakan: “Pemimpin apa jika suruh rakyat jelata makan beras hancur 15%! Saya beli yang 5% hancur pun dah banyak yang hancur. Inikan 15%! Pemimpin lahanat macam ini!”
Saya tidak tahu orang lain. Tapi saya dapat mengagak, kesan kenaikan harga komoditi asas di negara ini memang mengundang musibah. Ia turut menaikkan gelegak emosi. Lebih dari 'Sorakan Emosi' Euro 2008!!! Saya tidak fikir Pak Lah sebegitu bodoh untuk membuat perkiraan asas. Biasalah, peningkatan harga minyak menjadi penyebab utama yang bla…bla…bla…
Tapi, saya memikirkan bagaimana kita rakyat jelata ini mampu menghadapi kenaikan kos sara hidup ini? Ya, kita yang berpendapatan sederhana ke bawah. Dalam lingkungan RM2 ribu ke RM5 atau RM6 ribu... Seorang kenalan saya mengomel, kini dia terpaksa mengeluarkan simpanan peribadinya untuk menampung kos sara hidup keluarga (sudah makan reserve lah ni). Begitu juga, sudah ada yang mengikat perut hanya makan nasi pada waktu siang sahaja. Maknanya, makan nasi sekali sehari. Pilihlah malam atau siang. Ada yang akan menunggu penuh sabar apabila ada mesyuarat jabatan berlangsung, kot-kot ada lebihan makanan untuk mengisi perut. Jika yang menggunakan kad kredit, sudah ada yang terlebih guna berbanding bulan-bulan biasa. Macam-macamlah…
Saya mengandaikan, kesan kenaikan akan lebih menjerihkan menjelang bulan Ramadan dan Syawal nanti. Tak lama dah, hanya dua bulan sahaja lagi. Biasalah, bulan puasa kos memang naik kerana itulah pun masanya kita mahu merasa makanan luar di bazaar Ramadan ataupun berbuka di luar dengan keluarga. Masuk Raya lagilah!
Tunggulah, tidak lama lagi. Anda sendiri akan mengalaminya. Kesan kenaikan ini yang diistilahkan Dr Zulkifli Ahmad (Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor) sebagai ‘stagflasi’, iaitu kesan lanjuta inflasi. Anda boleh baca di link berikut: (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15542&Itemid=1)
Jadi, apakah penyelesaiannya? Dahulu…saya berharap DSAI akan naik sebagai PM. Anwar berjanji berulang kali, antara misi pertamanya ialah menurunkan kembali harga minyak di negara kita. Tapi kini suasana sudah berubah. Anwar dihadapkan dengan tuduhan yang kembali mengganggu perjalanan politiknya. Jadi, masih adakah harapan buat kita…

4 ulasan:
Bukankah anda seorang graduan yang punya latarbelakang ekonomi? Sepatutnya lebih faham akan peranan spakulator-spakulator dalam menentukan hala-tuju sosio-ekonomi kita.
Begini ajelah, Mahathir dah ulang kali keluar 9 cabaran wawasan 2020, tapi anak Melayu tak nak amik port dan sebaliknya korang lebih suka menghasut agar jangan dengan cakap Mahafiraun, Mahazalim dan sebagainya, maka memandangkan anak Melayu memang tendancynya pandai menyanyi, berlakon, mengurut, menghibur, berimaginasi, karang skrip, berdrama dan sebagainya. Anak cina pandai berniaga dan mengurus.
Maka molek sangatlah anak Melayu berkerja dengan anak cina, jadi pelakon, penulis skrip, blog, atau novel prono atau yang penuh dengan caci-maki hamun dan sebagai ala-ala ceramah Mat Sabu dan novel SHIT serta PATRIACH, ataupun yang memang dah tak de bakat menulis atau berlakon tu elok jadi pelacur menarik pelancung serta pelabur asing.
Kita jangan paksa mereka buat benda yang mereka tak suka. Biar anak cina aja yang milik semua industri dalam negara ini, baik perfileman, perbukuan, pelancungan dan lain-lain.
Saya doakan mulut dan otak kau tepu dengan sumpah seranah, where ever you go, bagi menggantikan Mat Sabu kalau tak dapat Prof Emeritus Shahnon Ahmad pun.
mardhiah, ni blog dia, suke ati diala nk tulis ape pon..
Salam sejahtera
betul jugak tu.. kalau nak maki.. maki sorang2.. jangan tulis kat blog.. nanti orang kata kita ni pendek akal.. bodo bangang plak.. ops.. silap..
mmm ahli parlimen pun suka maki2 juga.. lagi teruk..bukan setakat bengap kaldai baghal..
tapi khinz**, Ba**, dan lain2 yang sewaktu dengan nya..
Salam sejahtera
Terpanggil betul nak sampuk sibuk sekali soal penggunaan LIWAT itu..
memang betul la media massa telah memainkan peranannya.. untuk merosak dan meracun pemikiran anak bangsa sendiri..
buat tajuk besar2 depan akhbar dengan ayat yang begitu sensitif.. seolah2 nak menggalakkan perlakuan yang keji tersebut..
ntah apa yang mereka fikir.. keuntungan saje barangkali..
http://muchang.wordpress.com/
Mardhiah,
Saya menyebut benda yang realiti. Bukan maki pun, hanya beberapa patah perkataan yang bersifat menegatifkan orang yg enggan menerima kenyataan.
Cuba lihat tajuk paper hari ini 'Pembohongan Dahsyat'...siapa bohong?
Pemimpin wajib jadi contoh. Bila mereka sendiri suka berbohong, apakah mereka fikir rakyat akan menjadi jujur. Beriya-iya bagi tahu minyak tak akan naik selepas PRU 12, tup-tup naik juga. Tak bohong ke tu? Bersungguh2 Shahrir Samad kata minyak naik bulan ogos, tapi 5 Jun dah naik...tak bohong ke tu? Maknanya, kerajaan yg mengajar rakyat berbohong.
Tanpa nama,
T/Kasih...ini blog saya dan takkan saya kena tulis ikut skrip orang lain...
Muchang,
Pemimpin yang ego, ingkar dan berlagak sombong kena ditegur secara direct...itu pandangan saya. Jika ditegur berlembut-lembut, ibarat marah anak hisap rokok...Ali....jangan sayang, jangan dihisap pokok itu, rokok itukan ada 4000 jenis bahan kimia, ya sayang...jangan ya...tolonglah sayang buang puting rokok itu... Padahal itu bukanlah kali pertama si anak ditegur oleh ibunya...
Catat Ulasan