Semalam waktu santai-santai sambil nonton telenovela Soleha, isteri mengkhabarkan berita yang tak berapa best didengar.
“Abang..., Chandran dan Pakcik Farid driver budak sekolah tu minta kita naikkan tambang anak-anak kita tu...”
Saya melihat wajah isteri dengan pandangan kosong. Argh…dah agak dah!
“Chandran minta naikkan dari RM30 jadi RM50 seorang…Farid tu tak tahulah…mungkin naikkan dari RM40 jadi RM50!”
Saya mencongak ringkas. Kenaikan dari RM30 ke RM50, maknanya melebihi 50%! Ceh…nak kena ni…mana boleh tahan!
Hmm…senario di atas adalah senario biasa rasanya dewasa ini. Mak-mak dan ayah-ayah akan duduk sambil bincang-bincang. Tentang perbelanjaan rumah, wang persekolahan dan kos pengangkutan. Belum diambil kira kenaikan tariff elektrik baru-baru ini…yang saya rasa ramai rakyat tak perasan.
Saya kemudian memikirkan, ke mana arah tuju rakyat Malaysia? Kita butuhkan wang (pinjam istilah Indonesia). Tanpa wang, kita enggak mampu meneruskan kehidupan dengan sempurna. Tambahan bagi mereka yang diam di kota besar seperti KL, Shah Alam dan sebagainya, setiap pergerakan adalah duit.
Bagaimana kita mahu mengurus kewangan jika pendapatan adalah terbatas dan sama seperti dahulu, sedangkan kos barangan dan perkhidmatan meningkat berkali ganda. Sebab itu saya ketawa geli hati dengan beberapa cadangan pihak kerajaan, antaranya memberikan kelonggaran kakitangan awam membuat kerja sampingan, pemberian tunai RM600++ kepada pemilik kenderaan bawah 2000 cc, rebat cukai jalan, cadangan 2 x gaji sebulan dan diikuti oleh cadangan-cadangan bersifat ‘mengarut’ yang lain oleh beberapa pihak, seperti jangan suka membrek kenderaan di jalan raya, bawa pada halaju malar 80 km/j lebih jimat minyak, amalkan menanam sayur sendiri di rumah (eloklah tu…nanti di koridor flat dan kondo penuh pokok cabai dan terung), jual perabot dan pakaian lama dan bla…bla….bla…
Hai, come on lah! Be realistic sikit. Kita bukan main dangau atau pondok-pondok waktu kecil-kecil dahulu. Bahkan waktu kita berambat berlari main polis sentri pun kena ada strategi…inikan pula mengurus kewangan dan ekonomi, bukan ekonomi keluarga tuan…ekonomi negara!
Saya rasalah….jika saya yang berada di atas sana sebagai ‘PM’, saya yakin harga minyak petrol dan diesel tidak akan naik seteruk ini. Rakyat akan hidup harmoni. Saya akan pastikan gaji saya dan gaji para menteri kabinet saya tidak melebihi keperluan hidup. Saya memang mencari Al-Ghazali dan Al-Syafie…tapi saya tambah seorang lagi, saya cari Umar Abdul Aziz…kerana Umar adalah pemerintah (umara’) cum ulama' sedang Al-Ghazali dan Al-Syafie hanyalah ulama’.
Saya akan tiru cara Umar Abdul Aziz memerintah….nak tahu caranya, hmm…anda boleh tanya Encik Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Sedikit tak banyak caranya beliau sudah tunjukkan, misalnya tinggal di rumah sendiri yang tidak jauh berbeza dengan rakyat dan naik kapal terbang kelas ekonomi untuk berjimat. Boleh Najib, Pak Lah dan yang lain-lain menteri kabinet lakukan sedemikian…saya teringin nak lihat Nazri Aziz dan Azalina naik basikal ke parlimen, naik motor ke surau, nak bas ke chow kit dan makan mee mamak sambil hirup teh ais di medan selera kat benteng...!
Agh…U-HAH….hang ni mimpi apa!!!

4 ulasan:
salam
saya rasa lim guan eng tu dah berpindah ke rumah kerajaan..memula tu memang dia duduk rumah dia sendiri (rumah keluarga dia katanya) tapi sekarang dah masuk rumah rasmi kerajaan.....tak tahulah kot kerajaan negeri dah siap buat renovation baru dia masuk rumah tu
wasallam
salam
lewat kebelakangan ini media massa banyak dipenuhi dgn topik "politik" dari sebelum pilihanraya hinggalah la ni..berhujah sana sini, isu itu ini, tapi nasib rakyat tiada seorang pun yang memperjuangkan habis2an..sedih rasenya.Bagi yang ada kuasa, wang dan harta mungkin takkan terasa langsung kesan ekonomi sekarang..Memang pemimmpin Malaysia bersikap kejam terhadap rakyat..
huh tu arr..baguih bonar ngikut caro lim..baru la umara yang boleh dikato..sebonar-bonarnya..ikut caro Islam..bukan asyik mentolam ajo
Mohdhaslanr,
ye ke, idak pula teman dengor...t/k le kabo kat teman...
tanpa nama,
kagumnya bukan ape, sebab dia seorang cina yang non-muslim, tapi ada nawaitu dan iltizam nak ikut cara khalifah islam. tapi yang islam pula buat perangai nak tiru cara orang bukan islam...bermewah-mewah dan bermegah-megah...kan terbalik tu
U-HAH
Catat Ulasan