Nak tahu, sewaktu malam pengumuman keputusan PRU 12 dahulu, hati saya disirami sedikit kegembiraan. Saya gembira bila beberapa buah stesen TV nampak lebih terbuka memberikan ulasan. Nak-nak lagi setelah diisytiharkan kekalahan dua tokoh GIANT BN, iaitu Sammy Vellu dan Shahrizat Abdul Jalil, nada dan corak ulasan nampak tidak terlalu bias. Para pengulas sudah berani menghentam pihak-pihak tertentu. Misalnya, wakil Bernama terang-terang mempertikaikan peranan media massa milik pemerintah yang cuba memperbodohkan rakyat. Akibatnya, rakyat sudah hilang percaya kepada laporan media perdana dan beralih kepada media alternatif.
Itu cerita lebih 3 bulan lalu. Majoriti kerajaan negeri PR pun sudah menyambut 100 hari pemerintahan. Sayangnya, keterbukaan media hilang sedikit demi sedikit selepas itu. Beberapa buah TV yang mulanya nampak sedikit longgar menyampaikan berita, kembali bertukar menjadi hantu siang yang takut pada baying-bayang. Laporan sudah tidak berimbang. Sudah tidak kenal betul salah, dosa pahala waima syurga neraka. Pelaporan gaya ‘bahlol’ yang ‘sombong’ dan ‘angkuh’ menjadi amalan kembali.
Saya musykil bercampur pelik yang amat sangat. Jelik sangatkah kepimpinan para MB dan KM di Kelantan, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor? Terlalu sumbangkah gerak langkah yang mereka ayunkan? Terlalu pekarkah tangan dalam tarian pemerintahan mereka? Semua…hampir semua yang diperkenalkan dilihat daripada perspektif yang salah, songsang dan negatif.
Seorang veteran Umno menempelak MB Perak, katanya terlalu berlembut dengan kaum Cina. Begitu juga dia menghiris hati saya, apabila menyatakan MB Selangor langsung tak buat apa-apa. Pendeknya, sebut sahaja atas nama PR…tiada yang berguna melainkan hampas belaka!
Come on lah! Takkan semua hampeh. Hampas kelapa pun buleh jugak ayam pupuh saya di kampung tu makan. Inikan pula manusia. Hanya najis yang keluar dari duburnya sahaja hampas.
Berbalik kepada media di negara ini. Saya tidak tahu sampai bila mereka akan kekal sebagai dengan status quo menegatifkan semua yang dating daripada PR. Inilah tradisi yang meracuni pemikiran rakyat jelata. Bayangkan, kebaikan disembunyi dan kesilapan yang sedikit dihebah-hebahkan. Mungkin mereka begitu takut kepada bayang-bayang…tapi mereka wajar lebih takut kepada Tuhan. Kerana di sisi Tuhan ada buku catatan yang menulis semua tindakan mereka. Adu domba, fitnah dan segala…adalah pemberat-pemberat timbangan yang bakal menghumban mereka ke neraka!

p/s: tulisan ini siap sudah lama, tapi baru dipostingkan hari ini atas sebab-sebab tertentu...
2 ulasan:
Dia gini, media cari makan, sokong jangan bawa rebah, berpaut pada dahan yang kukuh. Media parasitus, menumpang pada dahan yang gemuk dan banyak zat. Kalau dia rasa BN mereput, maka mereka akan terkincit-kincit sokong PR.
PR diterajui oleh DSAI, di mata mereka Tuan Guru berdua tu tak wujud lagi nyamuk. Sekarang ni memang di mata kau DSAI gagah perkasa, tapi di mata aku dan cikgu haku (http://rymza.blogdrive.com)DSAI itu hallamak ntah mengarut aje. Pastu aku dengar gosip, di http://pedasberapi.wordpress.com masa DSAI di penjara, polis dan injek dia dengan virus HIV.
Kalau DSAI tu benar-benar Dewangga Sakti seperti yang korang percaya bagai nak rak, dia selamatlah kan, tapi wat if dia manusia biasa yang kotor seperti di mata Kakak Lebar Faisal Tehrani tuh hah. FT pun dah tunjuk banyak bukti, yang DSAI tak layak jadi Dewangga Sakti...jadinya media-media kaki jilat ni hapa lagi, bage lebih sudu dari kuahlah deme menjilat kembali Pak Lah dan BN.
Tapi cubalah DSAI dapat buktikan other wise, dialah dewangga Sakti sejati, maka dengan sendirinya hanjeng-hanjeng najis mughalazah tu terpekik terlolong menyanyi "awwww SWEET, SWEET 16 SEPtember" awwww.
Itu pun kau masih teda nampak ka?
sekadar baca, semua nya tertakluk dalam ilmu Allah. Jangan mudah tergelecek jika berjalan, jangan mudah tersilap membuat telahan...
Catat Ulasan