Rabu, September 10, 2008

Rasisme…Kian ke penghujungnya!


Unsur rasis memang menjengkelkan. Sehingga bila-bila, rasisme dianggap pencetus kepada koyaknya kesatuan sesebuah negara-bangsa. Mungkin tidak keterlaluan, dunia pasca-moden hari ini mulai menolak ke tepi sebarang faham yang berintikan rasisme ini. Di US Obama adalah presiden menanti, kendati dia berkulit hitam. Di Malaysia tidak terkecuali.

Perubahan angin monsun di Semenanjung menyaksikan boya yang bergegar sehingga tsunami politik gagal diramal. Tiga negeri terkaya – Selangor, Pulau Pinang dan Perak – berubah teraju. Sementara dua negeri majoriti Melayu – Kelantan dan Kedah – dipimpin oposisi.

Ini semua apa? Sandiwara pak syeikh Anwar atau apa? Jelasnya, kemenangan tiga parti utama – PAS, PKR dan DAP – adalah disandarkan kepada ‘Ketuanan Rakyat’. Sekaligus menafikan ‘Ketuanan Melayu’ yang sebelum ini menjadi sendi kekuatan BN.

Jelas, rakyat menolak ‘Ketuanan Melayu’ kerana ia adalah sarang faham kebangsaan aka bertunjangkan rasisme! Rakyat menjulang ‘Ketuanan Rakyat’. ‘Ketuanan Rakyat’ yang menobatkan idealisme – Telus, Amanah dan Berkebajikan – sebagai sendi kekuatan.

Maka, PAS dan DAP dapat duduk semeja walau berbeza dasar dan idealisme. Unikkan?

Kini, iklim politik dalaman BN berbahang, menggelegak dan memuntahkan lahar tak sudah. Semuanya bertitik-tolak dari asas rasisme itulah. Nampaknya, usia pendokong faham bangsa dan rasis mungkin tidak ke mana.

Dan saya menanti penuh debar apa sudahnya politik kita?!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TERINGAT USTAZ BKATA
DOKONGAN ISLAM KE PUNCAK AKHIR DIBANTU ORG BKN ISLAM SENDIRI.
AKUILAH ANWAR ORG YG SGT HEBAT!
DOAKAN KEJYAN MENANTI!

U-HAH berkata...

Semoga begitu...amin

'Ramadan tahun ini moga menatijahkan kemenangan sejati buat golongan mustadhafin...'

Tanpa Nama berkata...

Selamat hari lahir buat U-hah.. semoga panjang umur dalam keberkatan dan dimurahkan rezeki..

Tanpa Nama berkata...

Selamat hari lahir buat U-hah.. semoga panjang umur dalam keberkatan dan dimurahkan rezeki..

U-HAH berkata...

TQVM Isma...wa anti bikhair fid dun ya wal akhirat, amin...