Selasa, September 16, 2008

Catatan Malam 16 Sept


Hati saya dipagut resah. Malam yang menjanjikan seribu impian. Saya menelefon beberapa kenalan. Tiada jawapan. Jam menenggek di angka 12...lebih sedikit. Apa sudah berlaku...tolonglah sesiapa beri tahu!

Rupa-rupanya, keresahan hati saya turut dikongsi ribuan bahkan mungkin jutaan hati lain. Semuanya gara-gara janji 16 September!

***

Lagu raya sudah mula mengusik jiwa. Akhbar pun sudah banyak menyiarkan kisah-kisah raya. Bas raya, baju raya dan biskut raya.

Di surau atau masjid, makin lengang dengan orang. Jika awal Ramadan ada yang melimpah hingga ke beranda, kini imam dan bilal bimbang menghitung jamaah.

***

ISA mengganas kembali! Tiga orang ditangkap. Mulut terkunci tanpa bicara. Tangan digari tanpa kata. Diamlah diri di penjara manusia.

Hati saya sedikit tersentuh membaca catatan 18 jam dalam tahanan ISA oleh wartawan Sin Chew. Kata beliau, malamnya ditemani nyamuk dan bunyi aliran air. Matanya banjir dengan sokongan ramai. Kawan dan rakan.

Hati saya bulat, ISA adalah jerangkap yang bingkas memakan tuannya.

***

Tun M mungkin kembali kepada Umno. Tan Sri Sanusi pula bermadah: "Kelapa sudah nak rebah, kura-kura pun teringin memanjatnya..."

Dalam sungguh kiasan itu. Saya tak pasti siapa kura-kura dan siapa pokok kelapa nak rebah itu...he..he...he...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang aku perasanlahkan dalam UMNO real ori before tragedi black eye tu ada 2 kem nak jadi PM, lepas tu jadi 3 orang yang jelas nak jadi PM pada 2020, iaitu Khairy Jamaludin dari Dinasti Abdullah Badawi, Nurul Ezzah dari Dinasti Darul Ibrahim wal Ismail, dan Mukhriz dari Dinasti Mahathir.

Tapi kita tak pasti gak Dinasti Razak wal Hussien ni depa cam naklah pulak.

Pendek cerita semua berebut nak jadi PM pada 2020 ni semua adalah mereka-mereka yang mengejek-ejek dan menghina-hina Bani Tamim pimpinan Ustaz Asyaari Arqam, Ustaz Maunah, Ustaz Ayah Pin. Kita ni bang jangan suka mengeji orang sesuka hati, kelak terbalik pada kita gak balik.

Kalau mereka sesat, sila bimbing, yang dok keji-keji tu apa kehalnya. Let me tell you something, yang ko nampak hanyalah ustaz2 3 orang yang dikatakan sesat tu, ko tak nampak dalang disebaliknya. Kalau ko nampak pasti ko pengsan ketakutan atau masuk wad gila macam akuh. ha ha ha