Saya terus menekunkan diri menghabiskan novel remaja ini. Saat sebelum tidur, waktu makan biskut cecah milo di dapur dan di ruang tamu pastinya. Saya mahu habiskan segera memandangkan pada bulan April ini, belum ada sebuah buku pun lagi yang saya habiskan. Saya sudah berazam, setidak-tidaknya sebulan sebuah buku. Memang saya ada membaca beberapa buah buku lain, tapi hanya ini sahaja nampaknya yang sempat saya habisi. Kuras Kreatif Pak Azizi belum tamat dan Ahmanidejad Si Singa Farsi pun baru separuh. Ayat-ayat Cinta saya tawakufkan dahulu. Alhamdulillah, Sabtu cuti kelmarin, habislah kisang Nyemah ini.
Semasa membeli buku ini di Pesta Buku KL dahulu, FT tersenyum sahaja. Katanya ini novel remaja, dan saya bukanlah remaja lagi. Saya peduli apa. Saya mahu membaca dan menikmatinya juga, kerana novel ini pernah dibicarakan di sebuah seminar di Aswara dahulu. Kisah FT memutar belitkan sejarah opss…maaf, menukar sejarah. Lebih tepat meruntuhkan sebuah sejarah dan membina sebuah sejarah baru. Sejarah dari kaca mata kita sendiri; dan bukannya berkaca matakan penjajah. Sebab itu saya mahu membelinya juga.

Setelah tamat membacanya, saya membuat satu kesimpulan mudah. Kita mesti mencipta dan mencatatkan sejarah kita sendiri. Jika tidak, kita akan jadi mangsa. Umat Melayu menjadi mangsa kerana mereka membenarkan ‘orang lain’ menjadi pencatat sejarah mereka. Agakan saya, jikalah Tun Sri Lanang melihat sejarah Melaka, pasti sedih tidak terkira. Apatah lagi kini umat Melayu tak habis bercempera. Hem…sudahlah, setidak-tidaknya Nyemah Mulya tidak mengganggu tidur saya lagi.
p/s:
1/ semalam saya sudah siapkan buku pertama saya...petang ini insya Allah jumpa penerbit. Boleh ke keluar buku saya tu ye...?
2/ alamak, tq Mr JR...bukan 1511 tapi 1515, :-)
1 ulasan:
Tahniah la, habis dah baca buku tu. Nak tau kenapa tulisan Faisal ni menarik? Sebab dia suka masukkan elemen ala-ala provokasi. Ala...orang kan suka elemen cam tu. Jika tidak karya dalll je...kan boring. Masuk la sikit-sikit, tak apa.
Catat Ulasan