Rabu, April 23, 2008

Antara rakus dan sudah terlambat


Ini cerita semasa ada mesyuarat khas parti yang tarikhnya seiringan dengan pesta buku di PWTC. Saya melewati seorang pakcik polis beruniform putih. Saya menjinjing beg plastik berisi buku di samping memegang tangan dua anak lelaki saya. Banyak kereta besar dan mewah. Ramai yang melepakkan diri di cafĂ© sambil minum dan borak. Mereka nampak relax walau baru kalah dalam PRU. Saya malas ambil tahu. Saya datang untuk beli buku. Namun, saat melewati pakcik polis, saya menegur dan dia membalas sapaan saya. Anda tahu, ada dua kalimah yang menyimpulkan segala telah terpacul dari mulut pakcik polis tua. Kini, kalimah itu melekat kuat di minda saya…kata pakcik polis itu:

Sudah terlambat dah…rakus sangat…!!!

P/s:
1) Today breaking news, seorang ex-cabinet yang saya rasa kenal siapa orangnya dituduh mencabul pula…aduhai, benarkah kata pakcik polis dahulu…rakus…!
2) Salam takziah saya kepada keluarga Rustam A. Sani...pemergiannya terlalu dirasai oleh pencinta Islah!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wah...dah ada kartun pulak ni. Kehilangan Rustam dalam detik girang meraikan kemenangan. Moga ada sosok lain ketimbang beliau hendaknya, amin.

Pak Din Cheras