Shah Alam, 7 April – YB Dato’ Dr Hj Hassan Hj Mohamad Ali, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Tetap Jawatankuasa Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam telah sudi hadir ke perhimpunan bulanan warga kerja Bangunan Sultan Idris Shah di sini.
Perhimpunan bulanan itu mengumpulkan semua kakitangan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Mufti Selangor dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Di dalam ucapannya, beliau menegaskan adalah penting bagi semua kakitangan yang berlabelkan agama Islam ini menunjukkan contoh tauladan terunggul kepada semua pihak dan agensi kerajaan yang lain. Beliau juga meletakkan harapan agar semua kakitangan sama-sama berganding bahu dengan kerajaan negeri yang baru di dalam menjayakan pelbagai dasar.
“Dasar-dasar kerajaan negeri yang lalu, yang mana baik dan tidak bercanggah dengan Al-Quran, Al-Hadis, Ijmak dan Qiyas pasti akan kita teruskan. Namun sudah pasti kerajaan negeri yang baru ini mempunyai pendekatan yang sedikit berbeza dan mungkin juga polisi yang baru. Oleh itu, bantulah saya dan bantulah kami kerajaan negeri untuk menjayakan segala polisi yang dirancang demi kebaikan semua.” Ujar beliau.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh aspek pengukuhan diri dan organisasi. Agenda solat adalah menjadi mauduk utama. Bahkan secara humor dan bernada lelucon beliau turut menyatakan, mereka yang datang ke pejabat dalam ke adaan bermuka masam, pasti hal ehwal rumah tangganya tidak selesai sebelum mereka melangkah keluar dari pintu rumah.
“Sehubungan dengan itu, saya berazam untuk memastikan tuan-tuan dan puan-puan menjadikan agenda solat sebagai agenda utama. Kita akan meniru apa yang telah diadakan di beberapa buah organisasi luar yang mampu merencanakan program solat berjamaah setiap hari bersama bahkan tazkirah menjadi budaya. Saya juga akan menganjurkan bengkel kekeluargaan kepada suadara-saudari semua secara percuma, insya-Allah.”
Penegasan itu disambut baik oleh ramai kakitangan di bangunan ini. Rata-ratanya menganggap apa yang disampaikan itu adalah wawasan kerajaan negeri yang baru terhadap hala tuju institusi agama di negeri Selangor. Seperti kata seorang kakitangan LZS: “Dato’ Hassan bukan sekadar mampu memukau audiens dengan pidatonya yang hebat; tetapi beliau pasti akan membawa semua warga kerja institusi Islam ini ke arah yang lebih dekat dengan Allah dan lebih mesra alam dengan rakyat, insya-Allah.”

1 ulasan:
Moga LZS akan terus maju di bawah naungan rahmat Allah SWT. Ujian yang melanda LZS hari ini mungkin atas dosa pemimpin mereka (yang berdosa) membiarkan kemungkaran terus berlaku..(ni citer saki baki UMNO dulu lah)..moga LUZ dan konco2nya dapat punishment yg setimpal..InsyaAllah..doakan LZS terus berjaya..
Catat Ulasan