Selasa, April 08, 2008

Kepelbagaian pendapat pasca p/raya...ini pandangan saya


Saya ada pelbagai jenis kawan. Ada yang fikrah Islamnya cenderung kepada PAS, JIM, ABIM, Tabligh dan sebagainya. Tipa ini saya anggap sebagai Islamic-Front, hasrat dan niat sama mahu melihat Islam berdaulat walau wala’ dan taat mereka berbeza mengikut jamaah memasing. Namun saya juga berkawan dengan bebudak nasionalis-front seperti umno. Ada juga kawan saya yang duduknya bagaikan di tengah-tengah, nak kata terlalu Islami tidak; nak kata nasionalis pun tidak. Inilah dia pendokong keAdilan yang bagi saya meneruskan kelangsungan survival DAP dan PRM. Mereka tidaklah taksub meletakkan agenda agama di atas tetapi bergerak mengikut kemelut massa…inilah pandangan jujur saya.

Saya mengunjungi beberapa pandangan teman-teman, ada yang sarkastik dan kritikal sekali dengan ide penggabungan PAS, DAP dan PKR di bawah satu identity. Nama Pakatan Rakyat menjadi pilihan dan semua rasanya sudah maklum, dek kerana Hj Hadi sendiri meuar-uarkannya lewat 31 Mac 08 di hadapan puluhan ribu penyokong pembaharuan.

Pakatan ini idea baik, itu respons saya bahkan saya sudah mencanangnya kepada kawan-kawan lama dahulu sebelum pilihan raya berlangsung. Namun, ada kawan-kawan mulai gusar hala tuju PAS. Adakah PAS akan hanyut dengan kebanjiran kuasa. Lalu timbullah pula pembahagi antara Islam-sentrik dan kuasa-sentrik di dalam PAS.

Saya khuatir, isu memanfaatkan kemenangan akan terburai jika usaha mengukuhkan pertalian yang rapuh ini gagal. Saya jelas, hubungan DAP dan PAS memang membara bahangnya sejak sekian lama. PAS geger dengan idea negara Islam, suatu yang elergi kepada DAP. Isu ini pun kian reda, Cuma mainan nakal media massa sekali-sekala berjaya mengocak kekeruhan di muara. Sayangnya ada aktivis PAS mudah terpancut latahnya, walhal kita patut sudah mangli dan masak bangat dengan tipu helah media pro-BN ini.

Saya juga melihat, DAP hari ini sudah berubah wajah menjadi lebih lunak berbanding 10 atau 20 tahun lalu. Jika dahulu tampang DAP lebih selesa menjadi pembangkang yang kuat dan itulah yang diusahakan; namun kini mereka mahu memerintah dan itulah pun yang mereka lakukan di Pulau Pinang. Bahkan Guan Eng nampaknya mewakili generasi baru dalam DAP, bervisi nasional dan tidak prejudis agama mahu pun perkauman. Tindak-tanduknya yang mesra dengan institusi agama di Pulau Pinang menuntaskan segala.

Oleh itu, saya beranggapan cukuplah…cukuplah kita mengeruhkan suasana. Bijaklah memberikan idea dan berhemahlan berkata-kata. Berikut adalah pandangan saya yang dipostingkan ke dalam komentar blog Faisal Tehrani:

FT dan Najmi,

Antuma berdua toksah berkelahi dengan isu ini. rugikan masa dan tenaga. ana ambil sikap berhat-hati dlm semua hal. ana sokong Pakatan Rakyat dalam p/raya atas satu alasan, menumbangkan kezaliman. bagi ana, Tian Chua lebih baik daripada Pak Lah jika dia adil, telus dan amanah. ana sokong demi perubahan dan kini...perubahan sudah pun berlaku walau hanya sedikit.

FT dan Najmi, PAS sudah melalui pelbagai tribulasi. ana rasa FT lebih maklum dan mereka yang pernah hidup zaman Yusuf Rawa sehingga kegemilangan di bawah Dato fadil noor bersetuju, pas begitu masak dan ranum dgn sepak terajang politik.

Ana yakin, percaturan ini pasti ada pemantaunya. pas ada jawatankuasa pusat dan ada j/k mesyuarat hariannya bahkan ada majlis syura dan mursyid am, jadi ini semua adalah pengimbang kpd kuasa seorang presiden.

Jadi, berhemahlah dalam memberikan pendapat dan bersabarlah menerima teguran. pemimpin boleh berganti, datng dan pergi namun dasar dan perjuangan adalah legasi hakiki...Allahuakhbar!!!
Kredit: Di Atas Adalah Foto Faisal Tehrani dipetik daripada halaman sesawang: http://www.akademipenulis.com/imej/isi/ft1.jpg

2 ulasan:

Nizam Gtz berkata...

Manusia itu akan lalai, leka malah sanggup pula bermusuhan menegakkan pucuk masing-masing... (boleh ke main gabung jer peribahasa ni??) Sehinggakan ada pula yang sanggup saling menumpahkan darah sesama saudara (terkenang peristiwa perang Siffin dan Jamal)...

Namun, persengketaan ini tidak lari daripada hadis nabi... iaitu maksudnya: Manusia akan lalai dan lupa disebabkan oleh empat perkara; kuasa, pangkat, harta dan wanita (disebut empat Taa' oleh sesetengah ahli sufi, Takhta, Mahkota, Harta dan Wanita)...

U-HAH berkata...

Betul dan...tugas kitalah memberi ingat, khususnya kepada sang penguasa. teringat ana tatkala seorang pemuda bangun menghunuskan pedang seraya berkata kepada Umar: Pedang inilah yang akan meluruskan andai engkau Umar lari dari landasan...lalu Umar hanya berkata: terima kasih wahai pemuda!