(Puisi ini kunukilkan pertama kali di Blog 'Luluhkan Hatiku' pada 27 Jun 2007)
Salam citra tersurat cinta
Terpamer pada wajah alam
Kanvas terciprat warna maya
Tiada kusam namun nyata
Kubawa renta mengulit mimpinya
Di sini kuberdiri
Gontai kaki dan leka minda
Kasmarankah aku pada segala yang sementara?
Tidak, hanya sekadar mengulit rasa
Memesrai wajah indah kurniaan Tuhan
Pada lantunan gebu awan gemawan
Pada lambaian indah pohonan
Pada percikan air dan hujan
Pada bianglala yang berserakan
Aku bisa sahaja melukis
Wajah manis gadis
Atau wajah sedih sadis
Namun biarlah kuabadikan di sini
Wajah alam yang menari
Sambil menangis...
Nukilan Rasa
U-HAH
Ps: "Saya masih belum kesempatan menjejaki karya seni Pak Samad, hanya mampu mengulitinya dari dada akhbar...pasti menarik dan hebatkan?"
2 ulasan:
amboi.. tak tengok sehari dah ada 3 entri baru..
salam,
menunjukkan kata kalimah kepada
"cinta fansuri" karya terbaru A.Samad Said pasti berkesan..cubalah ya!!
sejenak saya juga terfikir, ada sebalik nama bagi U-HAH sendiri...
salam perpaduan...
Catat Ulasan