Isnin, Jun 11, 2007

Marilah Kita Cari Pemimpin Itu


Dia dilahirkan di Serambi Mekah
Tempat di mana ramai ulama' terserlah
Namanya tersohor perilakunya indah
Nama terpahat pengukir sejarah

Ulama' itu pewaris nabi
Menjadi ikutan manusia awam
Jika takut menzahirkan diri
Hilanglah model manusiakan tenggelam

Akhir zaman ini dahsyat sekali
Maksiat dihirup kanan dan kiri
Pelaku dosa hidupnya dah lali
Ujian Tuhan sudah menjadi mangli

Datanglah taufan, banjir dan Tsunami
Datanglah gegaran mahu pun ledakan gunung berapi
Biar habis lunyai segala perut isi bumi
Namun kesedaran datangnya pagi
Petangnya pupus ditiup bayu dibawa pergi

Datanglah penyakit SARS, selesema burung atau TB
Datanglah penyakit AIDS, STD atau denggi
Biar habis gugur rambut nampak tulang bukan isi
Namun sedikit sangat yang insaf diri
Hari ini ada yang mati esok berlumba membuat lagi

Pengedar dadah merajalela, mat rempit meraja di jalan raya
Pengedar VCD meraja kaya, remaja terkapai ketagih segala
Ketagih arak, ketagih seks bebas, ketagih video lucah dan ketagih dadah
Ketagih londeh akhlak, ketagih celapak maruah dan ketagih buang anak

Kezaliman menjadi biasa
Keadilan hilang entah ke mana
Pemimpin ramai bijak berkata-kata
Sedang merekalah merosakkan negara

Rasuah meningkat di sana-sini
Bangunannya bocor saban hari
Jambatan yang retak ditampal lagi
Sekolah dibina kosong tak berhuni


Dia yang jauh selalu berpesan
Kita hidup ada tujuan
Allah jadikan kita bukan untuk mainan
Alam indah bukan sekadar mainan
Sebaliknya untuk ditadbir dengan aman
Al-Quran dan Sunnah jadikan panduan
Syariat berdaulat bukan sekadar di pinggiran
Jangan nanti hidup tidak keruan
Anak derhaka isteri terdera
Masyarakat rosak negara binasa


Marilah,
Kita cari pemimpin itu
Kita ikut ajarannya
Kita pakai pesanannya
Kita tiru perangainya
Kerana kita mahu
Selamat di sana
Di akhirat yang kekal selamanya.


U-HAH 2007






5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

U-HAH,

ada ke lagi pemimpin yang hebat seperti itu? Sekarang ini ramai nak cari Al-Ghazali dan Al-Syafie...tapi dapatnya bini...isk! Maafkan saya...salam perkenalan dari saya, JALI!

Tanpa Nama berkata...

abang,

buatlah tag board kat luar tu .. boleh tinggalkan komen kat luar je..

Tanpa Nama berkata...

Hey, salam perkenalan saya jumpa saudara dalam blog JR. I'm from Pattanii too, my nenek lelaki (menurut istilah faraid) adalah dari sana. Pak Long sebapa saya masih lagi menetap di sana. Tapi saya tak tau jika dia masih ada lagi atau tidak? Bagaimana saya nak jejak dia?

Tanpa Nama berkata...

oo ooh saya Mardhiah

U-HAH berkata...

Hey...saudara dari Patani,

saya bangga kerana berketurunan Pattani, walau saya sendiri dah tak tahu siapa lagi sedara sebelah atuk yang masih ada di sana...salam perkenalan!

Mardhiah,

Terima kasih kerana berkunjung ke sini...