Kekadang kondisi pilihanraya yang tempang dan berat sebelah ini memang mencabut mood saya. Apatahlagi saya harus membelek akhbar harian, itu kerja asasi saya. Nak tak nak, saya akan terpandang juga muka-muka yang…agh…terbaca juga tajuk-tajuk yang..emph…kita semua sudah maklumi!
Saya termenung panjang mengenangkan nasib parti-parti pembangkang di Malaysia. Mampukah parti-parti yang menggelarkan diri mereka BA ini merubah lanskap politik yang serba hitam dan kusam ini. Saya ragui sesuatu, bukan wibawa parti atau calon-calon yang mereka tampilkan, bukan juga meragui ketelusan manifesto yang dilagang…tapi saya ragui dengan system.
Ya…system demokrasi di Malaysia amat naïf! Negara dunia ketiga lain seperti Pakistan, Thailand bahkan Indonesia bagi saya lebih telus dan maju dalam hal ini. Dengan kondisi sedemikianlah, maka mereka mampu membuat perubahan. Bukan kerana wibawa tokoh dan manifesto alternatif; tetapi kerana rakyat sendiri sudah jemu, jelak dan jelek dengan lagak parti pemerintah. Musyarraf misalnya, Thaksin bahkan Soeharto…semuanya jatuh tergeletak dengan kuasa rakyat. Malaysia pula…
Saya jadi letih, lesu dan kekadang perengus serta pongah dengan situasi yang serba menjera. Saya mengharapkan magis berlaku, namun ia sesia. Saya kira, para pimpinan BA di atas sana pasti lebih maklum, bahawa majoriti mood rakyat kini mahukan perubahan. Namun perubahan itu sukar menjadi kenyataan jika diselubungi penipuan. Inilah masalahnya: Penipuan!
Saya membaca laporan dari Harakah, ah…banyaknya kes yang menimbulkan waham. Tentang kekacauan hari penamaan calon, memudah sahaja SPR perkakas BN memberi ruang kepada calon BN, walaupun borang lupa bertanda tangan, walaupun setem duti tidak ditenyehkan! Pelbagai alasan diberi, senang sahaja kerana mereka pihak berkuasa. Jika tidak, rugilah Rashid dilanjutkan kontrak setahun lagi.
Apa BA buat? Mat Sabu dan Dr Lo’lo’ mencari jalan. Tapi Rashid angkuh dan sombong. Saya tak dapat bayangkan jika saya ada kuasa magik…ada kuasa sakti…habis engkau Rashid. Tapi itu dongengan semata.
Banyak BA berikhtiar; tapi bagi saya BA perlu lebih dari itu. Sepatutnya semasa hari penamaan calon lagi BA bertegas akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan…andai SPR berkeras kepala macam batu juga, maka seluruh rakyat akan berarak di jalan raya, berdemo lagi dan semua media antarabangsa akan dipanggil mendedahkan kebobrokan SPR!
Saya ragui bahkan gusar teramat, bahawa kemenangan calon-calon BN dalam pilihanraya nanti bukan atas sokongan rakyat local; tetapi sokongan pengundi luar. Bayangkan, betapa pijar berasapnya hati para pengundi BN di Rhu Rendang jika yang memenangkan Haji Hadi ialah para pengundi dari Perak dan Pulau Pinang! Itulah fenomenanya…lebih parah jika pengundi itu bukan rakyat Malaysia; tetapi diimport dari negara hantu entah mana!
Ah…saya sudah letih dengan pilihanraya ini. Saya sendiri tidak tahu sampai bila saya mampu melihat kerakusan BN menunggang jentera-jentera kerajaan dan bukan kerajaan seperti media massa memperbodohkan rakyat. Saya hanya mampu berusaha. Selebihnya saya berserah kepada Allah yang Maha Kuasa. Namun BA kena jadi pintar, jangan terus sedia diputar oleh BN. Ada caranya…bukankah pilihanraya ini satu peperangan, dan nabi sendiri pernah menyatakan bahawa peperangan itu suatu tipu daya (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Wallahua’lam

p/s: "Gambar adalah cover buku bertajuk: Cinta Haji Hadi Karya: Haji Mohamed Jusoh Harga: RM12.00. Buku ini mengisahkan kehidupan Haji Hadi sebagai anak kampung yang cintakan ilmu, keluarga, sahabat handai, agama dan Negaranya yang tercinta sehingga berjaya menjadi ahli politik pembangkang yang disegani. Ia juga memaparkan hubungan mesra antara dua orang isterinya yang sanggup berkongsi kasih melayani Haji Hadi baik semasa senang atau susah. Terbitan WJ Publishing Consultant."
2 ulasan:
My buddy ada cakap, save Pattani, save the world. Thats wat Tun M has been doing all this while, cuma orang macam kamu saja yang mungkin tersilau dengan kemilau, gelar pakai kezuhudan Che wan Che Nik. Taksub, bangga dengan keturunan.
Beritahu saya apa yang telah PAS buat selama ini untuk menyelamatkan Pattani? Apa persedian korang untuk berhadapan dengan teknologi mereka yang sudah jauh kehadapan.
Saya bukan memperkecil-kecilkan anak-anak Tuan Guru kamu, tapi get reallah, adakah dengan mencaci-cerca boleh menolong saudara kita yang kian tertindas di Pattani sana?
Kalau Pattani yang jaraknya ibarat sekangkang semut tu pun kita ramai-ramai ni tak mampu nak tolong, jangan mimpilah nak melepaskan suadara-saudara di Palastine sana.
Isy..isy..bila masa PAS mimpi nak lepaskan saudara2 di Palestin??? Saudarilah kena get real.. bicaralah dalam konteks malaysia..ni pi jauh sampai ke pattani.. memang le susur galur saudara u-hah ni dari pattani.. pemimpin umno yang ramai jawa pun tak le fanatik membantu rakyat di Jawa.. sekadar memberi pandangan.
Catat Ulasan