Ahad, Mac 16, 2008

Umno kena belajar memahami demokrasi


Beberapa orang rakan dari Umno menghantar SMS kepada saya. Bunyinya seperti orang yang tidak puas hati. Mereka mengacom pula, kononnya kemenangan di dalam eleksi bebaru ini adalah mainan orang Cina. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dijadikan umpan, bahawa sahlah kini Cina sudah berkuasa. Maka, nasib orang-orang Melayu akan menjadi tidak keharuan lagi. Salah satu SMS yang saya dapat berbunyi kira-kira: Nasib orang Melayu sudah melarat, terpaksa melutut kepada DAP…


Saya membalas mudah: Semasa Umno berkuasa, kenapa Melayu tidak dibela habis-habisan. Sebaliknya sesama Melayu pun Umno belasah juga. Buktinya, Kelantan. Di banyak tempat lain, Umno jadi gunting dalam lipatan. Sepatutnya mereka jaga agama; tapi merekalah perosaknya. Berapa banyak surau dikunci rapat dan hak ahli kariyah dinafikan, buktinya Surau Sek 8 di Shah Alam!


Ramai kenalan suka mem'forward'kan SMS tentang usaha pihak-pihak tertentu untuk membuat perkumpulan dan bantahan. Maka pada 14 Mac, di Penang berkumpullah kononnya 3 ribu jiwa menentang penghapusan DEB oleh kerajaan negeri yang baru. Di Selangor pula, dilaporkan beberapa puluh orang bersidai dengan sepanduk masing-masing yang kononnya mahukan Melayu kembali bersatu di hadapan SUK dan Masjid Negeri. Di Ipoh pula dilaporkan akan dikumpulkan segala orang Melayu di Padang Polo pada Ahad 16 Mac 2008.


Saya sebenarnya sudah malas melayan segala keletah bodoh dan jahil seperti ini. Umno atau BN wajar menerima kekalahan mereka dengan lapang dada. Bukankah Pak Lah sudah memberikan cabaran bahawa jika tidak berpuas hati dengan kerajaan BN, maka luahkannya di atas kertas undi? Nah! Rakyat sudah pun membuktikannya, maka redalah.


Saya sedar, ada juga ahli-ahli Umno yang masih rasional. Seorang kawan saya, seorang pimpinan Umno masih bersikap professional. Dia sendiri jelak dengan kelaku sebahagian pimpinan Umno yang masih tidak mahu mengaku kalah. Cukuplah katanya, ini Negara demokrasi.


Saya sendiri meletakkan piawai yang mudah kepada sesiapa sahaja yang menang. Jika mereka amanah dengan kuasa, telus dan berkesan dalam tindakannya, maka merekalah orang yang berhak diberikan kuasa. BN sudah terbukti gagal, senarai kegagalannya panjang berjela…maka izinkanlah parti lain pula menunjukkan kebolehan. Andai parti baru ini pun 2 x 5 juga, entahlah…namun teringat saya kata seorang kawan di pejabat, Umno ni macam orang lena…sesekali kena cubitlah biar dia terjaga!!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya lihat pula memang BN membela rakyat yang kurang bernasib baik melalui jabatan dan agensinya. Cuma yang berlaku adalah penyelewengan kuasa, ketirisan. Isu sebenar bukan kerajaan yang diberi mandat tak buat sesuatu untuk Melayu, tapi benda yang dibuat tu tak effective, malah memakan tuan pula.

Saya yang memulakan kerjaya dengan Perkhidmatan Awam pada tahun 2000, sentiasa merasakan ada sahaja penambahbaikan yang dilakukan dari setahun ke setahun. Tapi sudah tentulah orang lebih suka dengar cerita-cerita penyelewengan dan korupsi. Bukankah orang kata bad news always a good news. Malahan usaha saya untuk meuar-uarkan akan hal ini mendapat respond yang sangat negetif, termasuk tohmahan seolah-olah saya spy orang UMNO, paid blogger, munchikari butuh besar lagi gila yang sangat bahaya. "Jika dia tak dipsiko-psiko, mentertonggengkan yang di kepala Pertuan Agong pun dia sanggup".


Begitulah susahnya bila saya nak bagi tahu kami dalam perkhidmatan awam ini tidaklah seteruk peminat-peminat Raja Petra, pemuja Anwar Ibrahim dan penyembah Nik Aziz Nik Mat bayangkan selama ini.


Ok kita ambil satu contoh kemenenterian yang sangat cemerlang dalam hal ini, iaitu kementerian kesihatan sebagai contoh, tapi orang sakit yang sudah sembuh macam saya sahajalah yang dapat merasai nikmat kementerian ini agaknya. Orang sihat mungkin tak dapat nak mengaprisiasi kewujudan kementeria ini:-

Buat masa ini, doktor-doktor di Negeri saya turun padang memberikan ceramah kesihatan. Mereka mau one step a head, memberikan kesedaran yang "prevention is batter then cure". Mereka tak mau dah patient mai jumpa, mereka aggrasif mereka pula turun padang berceramah pada bakal pesakit. Kementeria pula tidak lokek menyalurkan peruntukan untuk program-program seumpama ini.


Tidakkah itu menunjukan jentera kerja kerajaan sentiasa berusaha untuk memajukan rakyat. Tapi kalau kita sahaja yang beriya-iya nak ubah mereka, tapi tuan punya badan sendiri lebih suka dalam keadaan asal, apa nak buat?

Tanpa Nama berkata...

Mardhiah,

yang diubah ialah manusia yang rosak, dasar yg elok kita teruskanlah. yang merosakkan dasar itu pun manusia jugalah, yang meniriskan pun manusialah, jadi itulah yang kita betulkan.

positiflah dgn perubahan, sesekali harus berubah, tidak statik kerana orang statik kata nabi rugi...

Abang Mat Cheras

U-HAH berkata...

Cik Mardhiah dan Abang Mat Cheras, t/ kasih atas pandangan. Saya menganggap, manusia yang bijak memimpin ialah manusia yang sentiasa membuat post mortem terhadap kelemahan diri dan memperbaikinya...wallahu'alam...

p/s: tahniah Guan Eng, kerana anda tidak duduk rumah rasmi KM, ikut serta perarakan maulidur rasul, ingin meniru kepimpinan Khilafah Uthmaniyyah dan menaikkan elaun para guru KAFA