Kerancakan sastera dan bahasa Melayu hanya pada zaman Anwar...betulkah?
Bagi saya..ya. Maka saya meletakkan harapan pada sosok tampan ini, moga-moga mendapat peluang untuk memerintah Malaysia. Mungkin saya rayan...kan susah BN nak kalah. Tapi tak mustahil berlaku, sedangkan Musyarraf di Pakistan pun tumbang dibelasah parti-parti lawannya...maka, kukuh dan ampuh sangatkah BN?
Zaman Anwar Ibrahim menjadi TPM dahulu, beliau mesra dengan bahasa dan sastera Melayu. Saya masih ingat, Anwar turut menjemput Tan Sri A Samad Ismail hadir sama di satu majlis di UKM. Saya nampak Anwar jujur mendaulatkan kemuliaan bahasa. Pada zaman beliau menjadi Menteri Pendidikan, beliau menobatkan institusi pendidikan sebaik-baiknya...istilah Pelajaran yang rigid dan kecil ruang lingkupnya diubah kepada Pendidikan, maka jadilah Kementerian Pendidikan....namun akhirnya Pak Lah menukarnya kembali kepada Kementerian Pelajaran!
Zaman Anwar, beliau selalu mengemukakan istilah baharu. Semasa ucapan pembentangan belanjawan negara, kita pasti tertunggu-tunggu apakah patah-patah baru yang bakal diucapkan. Maka akhirnya popularlah kalimah canggih, madani dan sebagainya. Kini, pembentangan belanjawan hanyalah sekadar bercerita tentang pelbagai projek...ah, tandus benar dengan nilai sastera dan bahasa!
Zaman Anwar dahulu, beliau terkenal sebagai menteri yang rajin membaca. Ucapannya menggambarkan minda seorang yang kaki membaca. Ayat-ayatnya cantik dan bertenaga, tidaklah lembik dan menjemukan…seperti orang-orang berkenaan pada hari ini! Ucapan mereka yang berkenaan pada hari ini sekadar buat-buatan…tak ada nilai ilmu, terasa hambar dan kurang memberangsangkan!
Zaman Anwar dahulu, beliau cintakan ilmu sehingga mampu menghasilkan buku ‘Kebangkitan Asia’ dan digilai ramai orang. Bahkan semasa beliau terperap di penjara sekian lamanya, tulisan beliau penuh bertenaga berjaya menyusup keluar dan tersiar di akhbar. Tulisan-tulisan itu akhirnya dikumpulkan menjadi sebuah buku bertajuk ‘Warkah Anwar: surat-surat dari penjara 1998 – 2004’. Hari ini, para menteri banyak beretorik itu dan ini, namun satu buku kecil pun tiada kelihatan!
Sebab itulah…saya nak Anwar jadi PM. Saya yakin…dia akan menghidupkan kembali nilai ilmu bahasa Melayu, kerana pada zamannya dahululah dia menobatkan bahasa Melayu sehingga TV3 kekal baku sebutannya….waima ke saat ini!
Selasa, Februari 26, 2008
Sastera dan bahasa: Harapan saya terhadap Anwar Ibrahim
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 ulasan:
hidup bahasa melayu!.. hidup BA
KITA mesti usaha sungguh-sungguh. Malangnya masih ada manusia berhati 'haiwan' yang menjadi 'gunting dalam lipatan' dan berwajah syaitan merosakkan keadaan! Geram... tapi Allah Maha Kuasa...orang-orang yang menipu itu tempatnya pasti hina di neraka, tunggulah masanya!
KITA mesti usaha sungguh-sungguh. Malangnya masih ada manusia berhati 'haiwan' yang menjadi 'gunting dalam lipatan' dan berwajah syaitan merosakkan keadaan! Geram... tapi Allah Maha Kuasa...orang-orang yang menipu itu tempatnya pasti hina di neraka, tunggulah masanya!
saya rindukan Anwar, suaranya dan kelantangannya. Versi suaranya ketika reformasi mampu meruntuhkan Kerajaan dan Terengganu....hidup nya nyata mewarnakan variasi....
hehehehe...uiks, saya peminat Anwar Ibrahim..
Kita boleh lihat sama ada seseorang itu mempunyai cukup karisma dan kewibawaan untuk menjadi pemimpin atau tidak.
Kita juga sudah ada lebih dari cukup bukti untuk menilai kejujuran dan keikhlasan pemimpin itu menjalankan tanggungjawab yang diamanatkan kepadanya.
Jadi, jangan hanya bertepuk dada dan bertanya selera, tapi masih terpengaruh dengan propaganda di tv dan suratkhabar...
Semoga Anwar akan kembali memimpin!
Saudara dan saudari, itulah harapan nurani yang menjadi cipratan pada tinta ini. Anwar adalah citra rakyat Malaysia, kehadirannya memang membugarkan warna demokrasi...semoga jutaan umat Malaysia sedar bahawa Malaysia memerlukan wibawa pemimpin yang telah teruji untuk membawa kita ke mercu kejayaan sebenar!
Saudara dan saudari, itulah harapan nurani yang menjadi cipratan pada tinta ini. Anwar adalah citra rakyat Malaysia, kehadirannya memang membugarkan warna demokrasi...semoga jutaan umat Malaysia sedar bahawa Malaysia memerlukan wibawa pemimpin yang telah teruji untuk membawa kita ke mercu kejayaan sebenar!
Saya pun begitu. Merindukan Anwar. Rindu akan kebangkitan semangat baru untuk dikongsi bersama.
Catat Ulasan