1/ Isu perlantikan para exco negeri Selangor telah selesai. Gandingan Mantap: 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS, demikianlah tajuk besar akhbar Sinar Harian 25 Mac 2008. Akhbar main stream lain masih sibuk dengan isu MB Terengganu yang tak habis-habis memasing enggan mengalah. Utusan menyiarkan pada front pagenya: ‘Ahmad mula tugas dengan arahan istana walaupun masih belum mengangkat sumpah’ di samping tajuk minor di bawahnya ‘Hanya Imam bertauliah dibenarkan bertugas di Selangor – Sultan Selangor’. Kekadang lucu saya, BN mahu menunjukkan mereka pembela Melayu; tetapi dalam masa yang sama mereka bertelagah dengan raja-raja Melayu. Perlis dan Terengganu adalah contohnya. Molek benarlah kata-kata Nik Aziz MB kelantan, Idris wajar beri nasihat kepada anak-anak buahnya…atau Idris sendiri ada agenda peribadi yang dia sendiri maklumi…
2/ Kerajaan Negeri Selangor nampaknya mendahului lain-lain negeri di bawah BA dari aspek pendedahan kepada media massa. Mungkin kerana Selangor adalah nadi Malaysia. Selangor adalah negeri maju yang menurut Tan Sri Khalid kadar ‘kecairan’ wang simpanannya sangat tinggi dan faedah daripada kecairan itu sahaja pun sudah mencukupi untuk membayar gaji kakitangan negeri! Itulah, BN cukup sedih kehilangan negeri maju ini. Namun, agenda Khalid di Selangor sudah bermula, dalam wawancara bersama Sinar beliau acap kali menekankan bahawa kepentingan rakyat mendahului kepentingan parti. Lagi satu, setiap tindakan hendaklah berdasarkan fakta dan angka! Maknanya, makin letihlah BN selepas ini, permainan angka semasa BN berkuasa memang melampau…perjanjian konsesi air menelan puluhan juta ringgit itu adalah buktinya, keuntungan sebelah pihak juga adalah buktinya!
3/ MB Kedah yang baru telah menunaikan janji memberikan tiket percuma kepada penyokong ‘Hijau Kuning’ di negeri itu melepaskan geram menyokong pasukan mereka menentang Perak di Stadium Darul Aman, Alor Setar. Kosmo! melaporkan, lebih 30,000 rakyat Kedah membanjiri stadium itu. Tahniah saya ucapkan kepada MB Kedah Ustaz Azizan Razak yang nampaknya bijak membeli hati rakyat. Ini bukan rasuah, kerana apa yang beliau dapat? Sebaliknya itulah bukti semangat kesukanan yang tinggi. Bukannya dengan menjadi Presiden Kelab Gasing dan kemudian diangkat menjadi menteri belia dan sukan dan kemudiannya menyatakan mahu meningkatkan moral belia…walhal anak sendiri bergelumang dalam Akademi Fantasi.
4/ Perak nampak tenang. Ada kawan mengusik, buatlah andaian mengenai Perak. Lagi pun suara-suara nakal mengatakan DAP menguasai Perak masih berbisik-bisik kecil di belakang. Masalahnya di Perak isu sudah reda, BA atau BR kini perlu menumpukan usaha menunaikan manifesto, itu sahaja. Di Perak, baik MB nya maupun sultannya…dua-dua ada kelas. Keduanya mempunyai kredibeliti tinggi dari aspek kelulusan akademik mahu pun pengalaman. Bagi saya, itulah contoh kombinasi kepimpinan yang baik. Saya berharap Perak dapat lebih menonjol selepas ini, kerana Perak adalah antara negeri termaju di Tanah Melayu. Ir Nizar dan bakal exco perlu merancakkan era kemajuan ekonomi yang seimbang dengan pembangunan akhlak di Perak. Baharulah ia benar-benar membuktikan agenda mengulamakan professional sebagaimana yang PAS jaja selama ini benar-benar menjadi reality. Ir Nizar telah menunjukkan contoh, kini tinggal mengimplementasikannya kepada seluruh rakyat Perak…teruskan Ir Nizar!
5/ Emak mertua saya yang datang berziarah ke rumah memberitahu, Dr Jeyakumar yang mengalahkan Sammy Vellu semasa eleksi dahulu tidak membenarkan rakyat Sg Siput memanggilnya YB, sebaliknya panggil Dr atau Encik sahaja. Wah kata saya, ini satu contoh tauladan yang baik yang perlu diguna pakai kepada semua YB BA atau BR. Biarlah era YB BN dahulu tenggelam bersama tenggelamnya kapal keegoan dan keangkuhan mereka, kini kita buka era baru. Era pemimpin dan rakyat yang sama hala tuju dan sama cita rasa, amin.
6/ Dato’ Dr Hassan Ali datang ke Bangunan JAIS di Shah Alam pagi tadi, dengarnya semua orang atasan diminta mengadap. Saya dapat maklumat, beliau menegur pentadbiran agama Islam di Selangor yang mula menunjukkan sikap tidak professional dan berpura-pura. Misalnya, kenapa era BN mentadbir tidak pernah pun kedengaran institusi agama di Selangor milik sultan; kenapa sekarang ia sering pula dilagukan. Bahkan apalah salahnya seorang pemimpin kerajaan negeri seperti beliau untuk menggunakan masjid dan surau pun dihalang sedangkan pada zaman BN ia tidak pernah terjadi. Panas dengarnya para orang atasan JAIS. Itulah…jangan cepat mencari helah, nanti diri sendiri yang menerima padah! Profesionallah, itukan lebih baik.
Wallahua’lam!

1 ulasan:
Kenapa dan Mengapa? Persoalan yang selalu diajukan apabila ingin mengetahui sebab musabab...
Namun, mengapa yang saya ingin tekankan dalam soalan ini bukan untuk bertanya sebab, tetapi untuk menzahirkan suatu perasaan...
Kenapa dan Mengapa kita bangsa Melayu tidak boleh bersatu padu dan berpuak-puak sepertimana bangsa arab di zaman jahiliah layaknya?
Alangkah indahnya hidup ini jika masyarakat islam madani wujud dari bangsa melayu yang bersatu padu seperti mana bersatunya penduduk yathrib dan mekah sehingga mewujudkan sebuah masyarakat madinah yang syumul...
Buanglah semangat partisan yang didokong oleh NED (National Endowsment for Democracy)... yang mahu memecahbelahkan kita...
Bersatulah di bawah nama MELAYU BANGSA MERDEKA... kerana melayu yang merdeka dapat memerintah negara majmuk ini... Dan jua dapat menggoncangkan dunia...
Demokrasi yang dicanang oleh barat jua yang ingin diikuti? Biarlah demokrasi Malaysia ini sentiasa mengikut acuannya yang tersendiri... seperti bukanlah demokrasi NED, tetapi demokrasi yang mengekalkan kedaulatan beraja...
Hidup Bangsa Merdeka!!!
Catat Ulasan