1. Kemenangan BA mencetuskan fenomena. Lantikan KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng menarik disorot, apatah lagi apabila kenyataan beliau bahawa rumah pusaka keluarganya adalah kediaman paling selesa berbanding rumah agam Ketua Menteri! Ini bagi saya adalah pukulan kencang yang merudumkan keegoaan para penguasa negeri BN sebelum ini yang begitu cepat naik tocangnya…bayangkan (sekadar perbandingan), Pak Lah sendiri menghabiskan jutaan RM hanya untuk membuat renovation kediaman rasmi PM di Putrajaya, Khir Toyo pula membina mahligai Exco nilainya RM4 juta setiap satu… Ya, saya yakin, gaya kepimpinan sederhana yang diacukan terlebih dahulu oleh MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz ini jika ditauladani oleh semua MB / KM negeri yang dikuasai BA, akan melunyaikan impian pembangkang (BN lah pembangkang sekarang di lima negeri) untuk kembali ke tampuk pemerintahan.
2. Pemilihan jawatan no. 1 di Perak dan Selangor digembar-gemburkan media pro BN kononnya bermasalah. Hakikatnya, Perlis yang kecil bagai sekenit itu lagi bergolak dan Terengganu yang megah dengan Masjid Kristal itu lagi menggelegak. Di negeri Selangor dan Perak, istana tidak campur tangan melainkan memberikan pandangan, ia bertujuan mengukuhkan kesatuan BA sendiri. Malangnya di Perlis, raja nya terang-terangan menafikan lantikan Pak Lah, tandatagan Pak Lah selaku Pengerusi BN tak laku dan akhirnya Shahidan jadi merapu…sekejap kata dia jadi pembangkang sekejap kata Mat Isa Sabu itulah pembangkang…last-last kata tak tahu menahu di jemput atau tidak ke majlis angkat sumpah MB baru…logic ke? Terengganu dan Idris Jusoh lagi haru…ambiklah nak sangat kerajaan negeri, tapi akhirnya MB pun tidak ketahuan. Jadi dalam kes ini, negeri mana lebih pening dan berkecamuk…BA atau BN?
3. Selangor dengan MB baru Tan Sri Khalid nampak hebat; tidak kurang juga Perak dengan MB Ir Nizar yang fasih berbahasa Inggeris, Cina dan India! Kedua-dua tokoh ini hebat, sama ada dari latar pendidikan mahu pun pengalaman kerjaya. Saya tak payah jelaskan di sini, semua boleh baca biodata mereka. Tapi…bayangkan, selama BN memegang teraju negara, mereka bayangkan di dalam parti lawan langsung tak ada calon berkredibeliti. Bayangkan jika BA tak menang, pasti rakyat tak tahu bahawa dalam PAS Perak ada calon sehebat Ir Nizar!
4. MB Kedah nampak ‘cool’ betul…ust Azizan Abd Razak, seorang aktivis otai dalam PAS dan bekas pensyarah UKM. Kenyataan paling menarik saya rasa, “kita tak akan tutup mana-mana Tabika Kemas di negeri ini, bahkan kita akan perkemaskan lagi!” Faham apakah maksudnya? Yang saya faham, budak-budak kecil yang mengaji di tabika Kemas itulah asset PAS dan mereka perlu dilentur supaya memahami Islam menurut acuan sebenar, bukan acuan palsu lagi hadari yang Pak Lah bawa. Jadi, buat apa nak tutup…malangnya kata MB Kedah, banyak fail sulit hilang semasa beliau masuk ke pejabat MB. Tapi, dalam keadaan itu pun, beliau boleh tunjukkan semangat kesukanan dengan menawarkan tiket percuma bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara Kedah dan Perak sambil mengaku… “Saya memang pemain bola sepak…”
5. Kelantan paling tenang…MB nya memberikan impak paling mendalam khususnya kepada orang-orang bukan Islam. Buktinya, apabila Lim Kit Siang cuba memberikan pendapat peribadi mempertikaikan MB Perak pilihan istana, ramai pengunjung blog nya marah-marah…antara kenyataan mereka, Lim patut lebih sedar siapa idola dalam PAS, ya….Nik Aziz…yang bagi mereka manusia hebat dan hanya wujud mungkin 1 dalam seribu! Kelantan sudah tidak menjadi focus lagi, kerana terbukti selama 18 tahun PAS memerintah…satu kes rasuah pun tiada…jangan bandinglah dengan negeri lain, Melaka atau Selangor…semasa Khir Toyo jadi MB…bayangkan, sehari sebelum mengundi pun boleh sain perjanjian berpuluh juta ringgit!
Sekadar ini dahulu…banyak lagi bakal menyusul, insya-Allah!
P/s: Pengumuman kabinet baru Pak Lah semalam (18 Mac 2008) menimbulkan banyak spekulasi masa hadapan BN. Paling ketara, muka-muka yang dinaikkan adalah penyokong Pak Lah, termasuklah Muhammad Taib yang bagi setengah orang sudah ‘expired’ dan tercalar maruah dengan kes tertangkap di Lapangan Terbang Australia dengan beg penuh duit berjuta! Mahathir buang tapi Pak Lah kutip…aduhai Pak Lah…

2 ulasan:
1. garapan dan idea penulis ttg isu-isu pasca p.raya amat menarik sekali.
2. gandakan usaha tuan khususnya menukilkan lagi senario tkini kerajaan ba. Baik barisan saf exco baru dan cabaran mdpni isu rakyat! 3. 'mgkn' tuan juga anak perak, sesuatu yg perlu diperjuangkan sbg bloggers khususnya mpromosikan ba di ng perak. saya bole umpamakan MB baru perak sbg harta karun yg tetiba muncul di lembah kinta! nilainya lebih besar dari bijih timah dan bila dizakatkan emas itu sudah pasti myuburkan rakyat kseluruhannnya. hrp tuan faham maksud tsurat dan tsirat anak jati perak ini!
Terima kasih sudi komen dan mengunjungi blog ini...pandangan anda amat saya hargai!
Catat Ulasan