Jumaat, Oktober 17, 2008

Pandangan terhadap cerpen Chamil Wariya ‘Politik Baru YB J’


Pertamanya, maaflah…saya tak membeli akhbar Mingguan M’sia dan masih tak sempat menelusuri jalan cerita cerpen.

Kedua, maaflah…pengarang cerpen itu pun bukanlah pengarang favourite saya, tidak seperti cerpen-cerpen Pak Shahnon, Cikgu Azizi waima Sdr Faisal Tehrani…tu yang kurang motivasi nak baca tu…

Ketiganya, maaflah juga…tajuk yang dipilih pun entah apa-apa…mungkin berjaya disiarkan atas kapasiti bekas pengarang kanan akhbar berkenaan atau atas sebab memang arahan dari atasan agar cerpen itu disiarkan…tajuknya tak best langsung dan tak ada aura tarikan pun!

Baiklah. Saya pun menulis cerpen. Biasanya karya sebegini dipanggil karya fiksyen. Ya, karangan yang selalunya sering dilapik dengan kata-kata: Tiada kena mengena dengan mereka yang masih hidup atau sudah mati!

Apa-apa pun, seorang pembaca juga berhak membuat tafsiran. Misalnya dalam karya SHIT oleh Pak Shahnon, mana ada dia sebut siapa dia ‘orang tu’…tapi semua orang tahu kan. Sampai ada kalangan sasterawan sendiri bidas Pak Non, anggap itu novel sampah!

Tapi, ada kelainan antara karya Pak Non dengan Si Chamil ini. Iya, karya Pak Non mengisahkan kepala yang tak nak keluar atau hakikatnya turun takhta. Sedang yang ini kisah perkauman. Parah ni. Jelas ia berintikan faham sempit perkauman. RASISME!

Dalam konteks massa, karya seperti ini dianggap melampau. Ia menyinggung sensitiviti secara keterlaluan. Pengarang langsung tidak menggunakan kaedah perlambangan. Pak Non sebaliknya menggunakan secara jitu aspek perlambangan. Maka, Chamil memang jenis pengarang yang tidak bijak.

Seorang pengarang yang baik sepatutnya menarik pembaca melalui penggunaan bahasa yang baik, diksi dan perbendaharaan kata yang mengkayakan, susunan plot yang menarik, ditambah dengan pelbagai unsur lain seperti unsur suspen dan sebagainya. Klimak sebuah cerita yang baik sepatutnya menyuntik kesedaran batini; bukannya menambahkan kebencian di hati.

Ya. Inilah ironinya daripada apa yang disebut secara konsisten oleh ketua pengarang itu sendiri, Pak Lah. Bahawa mereka menjulang perpaduan. Sayangnya, Pak Lah menampal cawat yang bocor sedang Chamil merobek-robek pula di ekor!

Kasihan Pak Lah…!


p/s: PENA keluar kenyataan hari ini bahawa cerpen dan sajak adalah karya kreatif yang menjadi hak penulis untuk berkreatif...saya nak lihat kot-kot lepas ni apa kenyataan mereka jika ada pula penulis buat perkara yang sama kepada Pak Lah dan Najib, depa marah tak?

2 ulasan:

Jong berkata...

Salam,
Jika saya dilantik jadi juri HSKU 08, ada kemungkinan saya akan mengundi karya itu ke saringan akhir (jika tiada karya lain yang lebih baik).
Meskipun tidak bersetuju dengannya, ia memenuhi semua rukun cerpen dengan baik secara struktural; dan ia memenuhi tujuan sebuah cerpen politik - menghantar propaganda.

Wassalam.

U-HAH berkata...

FT,

Tang tu ana tak de apa lah nak komen.

Cuma mual dengan sikap bodoh sombong melampau puak-puak ni. apa-apa sahaja yang depa buat, maka lepas...tapi orang lain, sangkut!