Selasa, Oktober 14, 2008

Bila SRK dpt Datukship!


Yang sebenar-benarnya, dari dahulu lagi saya gelihati dengan penganugerahan darjah kebesaran di Malaysia. Ini kerana, Malaysia adalah negara yang teramai bilangan sultan atau rajanya dan ditokok lagi dengan YDP negeri, maka sebab itulah anugerah darjah kebesarannya melambak-lambak.

Saya sebenarnya juga musykil dengan sesetengah negeri yang begitu mudah memberikan anugerah. Jika diikutkan bahasa kasar…apa kah @*&^&nya maka diberikan anugerah sehingga membawa gelaran Datuk dan sebagainya, kepada individu-individu yang bukannya berjasa sangat pun.

Saya bukanlah cemburu, nak kata teringin tu…kadang-kadang teringin juga, tapi taklah sampai meleleh ayaq lioq!

Sungguh…ni apa ni, beri gelaran yang begitu besar kepada artis. Apa jasa artis, hang cuba mai habaq kat sini sat Ali? Oi…Ali, hang dengaq tak? Dah la artis bollywood yang tergedik-gedik…he….

Daripada hang cadangkan nama tu Ali, baik hang habaq kat Khalil tu, calonkan nama bapak aku. At least, bapa aku dulu pernah jadi sojar dan lama jugak berkhidmat kat Melaka! Apa hang ingat sojar menari tergedik-gedik sambil peluk bini orang ka?!

Cis!!!

Aku rasa orang Melaka patut rasa cukup terhina dengan insiden ini. Hanpa patut komen, buat demo dan tunjukkan sikap. Ni…pasai 10% nak buka kepada non bumi di UiTM, bukan main lagi puak-puak NUNO tu ajak bebudak kat kampus UiTM berdemo. Habis tu yang ni…hanpa buat apa…

Ni patut kena Tanya soalan ni kepada Pak Cik Berahim Abu. Kawan aku kata, masa dia kat UiTM, kena paksa memanjang.. Ha…paksa la bebudak hang tu buat demo kat Lendu, bantah anugerah datuk ni kepada artis gedik-gedik tu!

Aku tak tau apa nak jadi dengan negeri Melaka…dah la sultan hilang takhta, la ni gatai nak beri datuk kat orang luar pula, yang aku sendiri sampai saat ni tak tahu apa jasa dia!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dari SRK, baik bagi amitabh bachan. dia lagi selalu datang malaysia.eloknya baik toksah langsung. deme bukannya guna title tu kat negara deme. sebut pun tak pandai..kalau guna pun buat kena gelak ngan kekawan deme.

ini sekadar sekali berlakon kat melaka dah dikira mempromosi kan melaka ke mata dunia.ada ke lagu tu? ramai lagi pelakon malaysia lain kan..muda ada tua ada..isy.. ape ke he nye??

Tanpa Nama berkata...

SUNAT KAN JE SI ALI TU LAGI SEKALI!

-TONGKAT ALI 100%