Isnin, November 05, 2007

Seminar Penulisan Cereka



3 & 4 November 2007, saya mengikuti Seminar Penulisan Cereka di Kampus Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan di Jln Tun Ismail, belakang Bank Negara (awat la depa tak letak papan tanda kat luaq, jenuh aih chek caghi...). Anggaran peserta yang sepenuhnya ditaja oleh Aswara ialah 200 orang; tetapi yang datang hanya dalam lingkungan 100 sahaja (bahkan kian merosot selepas majlis perasmian dan hari kedua!).

Tema seminar ialah mengenai memartabatkan sastera bangsa. Alhamdulillah, di seminar ini telah berkumpul ramai sasterawan dan penggiat dunia penulisan dalam satu masa. Dua orang Sasterawan Negara iaitu Dato’ A. Samad Said dan S. Othman Kelantan telah hadir. Azizi Hj. Abdullah, Dr Mawar Syafie, SM Zakir, Ali Majod, Lim Swee Tin, Nisah Haron, Faisal Tehrani, Salina Ibrahim, Mana Sikana, Dr Anwar Ridhwan dan ramai lagi. Saya sempat menglik beberapa foto digital bersama mereka.

Nanti saya akan up-load kan beberapa foto….

Ya, saya juga dapat beberapa kenalan baru. Baru berjumpa tapi sudah mesra. Hisham dari Terengganu especially…lah, rerupanya dia kawan satu batch dengan abang ipar saya semasa matrikulasi UIA PJ dahulu. Juga Shafiq yang pulang sekejap cuma sementara menghabiskan pengajiannya di Mesir.

4 ulasan:

aslina_bidadari berkata...

Salam,
Saya juga hadir seminar tu. Memang betul mereka yang tidak hadir amat kerugian ilmu. Percuma pun tak mau datang. Selamat menulis.

Unknown berkata...

Menyesal pula tak pergi. Nak buat macam mana. Sakit kaki datang balik. Dah hampir tiga tahun tak kena. Seganlah nak datang dengkot-dengkot..


Eh...Hisham ni yang mana satu?

U-HAH berkata...

Tak ape, abang 'cute' punya pasal, Aslina, program semacam ini memang kurang sambutannya. Cuba datangkan Mawi ke atau mana-mana artis sebagai 'umpan', ramailah yang nak menyempit...setakat Pak Samad apa lah sangat bagi mereka...

Abang JR,

buleh lah share buku dan ilmu yang saya dapat...saya pun sebenarnya last minute daftar, sehari sebelum program rasanya, teruja melihatkan barisan sasterawan yang bakal muncul, lebih teruja lagi sebab kosnya 'kosong' sedang ilmu amat-amatlah berbaloi...

Alamak, Hisyamudin...bin apa ye? Now he is lecturer di KUSZA (UDM), ngajor bahasa inggeris. He really know bro JR.

Unknown berkata...

Ooooo...Hishamudin Salim! Kawan baik dah macam adik! Ada contact no?