Saya jarang buat tarawih 20 rakaat. Dahulu, semasa muda remaja di kampung memanglah saya ikut orang-orang tua buat sampai 20 rakaat. Penat den di bek nyo. Masa itu, saya steady je. Habis tarawih, lepas moreh siap tadarus lagi sampai santak larut malam. Jam 12 gitu baru balik rumah. Opah tak kisah, sebab dia tahu saya melepak di masjid dengan Tok Megat Derauf, Ayah Mad dan Cikgu Yahya (semuanya dah gemulah berpulang ke sisi Allah).
Saya mengkhatamkan Al-Quran setiap berulang masuknya Ramadan. Caranya, saya akan bertadarus sehinggalah khatam bersama-sama jemaah lain. Seronok, kerana kami akan saling memerhati dan saling memperbetulkan bacaan. Kekadang, bermacam lagu dan cara bacaan dibawakan. Ada yang laju dan ada yang perlahan. Semuanya boleh, asal tajwid dijaga mengikut aturan. Masa dengan Tok Megat Derauf, imam masjid kampung saya dulu, penat bertadarus dia pun dengan kuat mengajak…‘jom, hei budak…kite minum teh dulu!’
Gitulah. Dia bukannya nak ingat nama saya. Sampai dah masuk U dia akan cakap kuat-kuat bila berjumpa di masjid: “Hei budak, bila kamu balik? Hah, nanti dah keroje jangan kamu lupe ke tok. Bagi le tok tumpang kerete kamu!”
Malangnya, beliau meninggal tanpa sempat menumpang kereta saya…
Semasa di universiti, saya hanya solat tarawih lapan rakaat. Wajibkanlah 20 pun, yang tinggal hanya imam dan bilal serta beberapa kerat makmum yang taat. Sekali, pernah masjid UKM ambil imam hafiz dari luar. Setiap malam dia akan baca 1 juzuk. Amboi mak aih lenguh kaki dibuatnya…orang-orang tua sampai kena bersandar ke dinding masjid menahan lenguh…
Polemik 8 @ 20 sering berulang setiap kali Ramadan menjelang. Pelik bin ajaib, kenapa ye? Benda sunat sampai kena wajibkan 20…sunat tapi wajib! Yang lucunya, kekadang yang tukang canang 20 pun buat lapan je, selebihnya berkebut dengan wasap rokok di beranda surau atau masjid, bergebang sakan dengan kengkawan yang seangkatan.
Saya personally menganggap, sunnah nabi ialah lapan di masjid dan selebihnya buatlah di rumah. Zaman Saiyidina Umar baginda buat 20 di masjid. Itu adalah pendapat Umar, zaman Umar Abdul Aziz (cucunda Umar Al-Khattab), baginda tambah lagi jadi 36!
Saya lebih senang buat lapan, kerana ia pertengahan. Kaum ibu yang berangkai dengan anak kecil pun tidak tertekan. Kemudian, habis buat lapan rakaat, sebelum sambung dengan witir, buatlah sedikit pengisian ilmu. Nak panggil tazkeerah nanti, kena ‘ban’ pula…walhal tazkeerah ini benda yang selalu Allah SWT ulang dalam Al-Quran!
Banyak cara mengisi masa antara solat. Zaman dahulu di Mekah, mereka bertawaf mengelilingi kaabah ataupun membaca Al-Quran. Dah namanya pun solat rehat-rehat…jadi, apakah namanya rehat jika bilal berselawat laju macam komuter dan imamnya bergelut macam lif naik KL Tower?
Kemudian tadarus…ini sunnah nabi yang baginda wariskan. Jibril a.s turun ke bumi bertadarus dengan nabi setiap kali Ramadan. Peliknya le ni, umat Islam suka dengar orang tadarus daripada mereka sendiri bertadarus…itu pun sekali sekala di radio atau TV. Ada buat alas an, bacaannya tak tepat makhrajnya lari…la, awat hang tak belajaq masa 11 bulan berbaki? Lagi geram, ada yang mengaji sesorang kat sudut surau…sapa nak semak bacaan? Pas tu…cepatlah habisnya! Sedangkan tadarus mesti berdua paling tidak, maka adalah tukang semak.
Bagaimana dengan pandangan tuan-tuan dan puan-puan? Kongsilah pandangan mengenai pengisian Ramadan, at least saya tahu juga bagaimana kariyah di tempat anda mengisi malam-malam Ramadan yang amat berharga ini.

3 ulasan:
Menarik tulisan ni.. teringat masa terawih di usia 9-10 tahun..lama sangat rasanya nak ngabiskan dua rakaat. jadi rakaat pertama tu saja je tunggu sampai abah dah abis baca fatihah, baru masuk angkat takbir. sebelum tu konon-kononnya jaga adik jgn kacau org lain sembahyang. Masa zaman tu bazar ramadhan tak ada, cuma kecil-kecilan je yang menjual kuih-muih.. Jadi, yang menceriakan juadah berbuka ni bila ada jiran yang datang bawak pinggan... maknanya adalah extra sajian berbuka.
Dulu bagi pinggan @ piring dan bila balas adalah isinya. Sekarang bagi jiran pun pakai plastic container, jenis pakai buang...bil makna...?
Iyala memandangkan sekarang ini qualiti umatnya macam manalah pula. Tapi personally biarlah Imam tu buat 20, tapi makmum yang tak larat boleh pulang selepas 8.
Catat Ulasan