Jumaat, Ogos 03, 2007

Bengangnye!!!


Saya mencuri-curi mencatatkan di blog ini, biasanya di awal pagi. Saya tiba di pejabat dalam kitaran jam 7.30 dan ketika masih sunyi itulah saya mula mereka-reka ayat. Tetapi, kekadang aliran ide terganggu dengan benda-benda yang sukar ditolak, ajakan teman berbual bicara, mengajak ke café mencari penganan dan sebagainya.

Saya cuba menagih ide di tengah hari; tetapi ia tidak selancar dan sederas di awal pagi. Bengang saya…banyak benda yang berlegar di cepu minda ini kekadang kelam dan tenggelam begitu sahaja. Mahu rasanya membeli PDA, mahal pula. Mencatat di buku nota, cuba saya amalkan tetapi selalu menyusahkan. Saya bukan jenis orang suka berdiari, sebab itu catatan tugasan harian saya lebih banyak di helaian putih yang kosong dan ditampal di hadapan mata agar saya tidak lupa!

Buktinya, catatan mesyuarat yang sepatutnya saya hadir pada 1 Ogos bebaru ini, telah saya terabaikan lantaran hanya dicatat di dalam diari. Itulah kesan diari dalam hidup saya, maka saya lebih selesa membuat catatan kasar di depan mata atau menggunakan hand phone sebagai pemberi ingat. Itulah saya dengan diari.

Lalu, banyak catatan yang patut saya nukilkan dalam blog ini tergantung dan tergantung. Tidak berpenutup dan berkesudahan. Saat ini,tadi pun saya dengan agak tegas telah menolak pelawaan seorang kawan untuk makan tengah hari sebelum solat Jumaat. Dengan muka sedikit kecewa dia pun pergi meninggalkan saya…em, kekadang terfikir glamour juga saya, ramai orang nak berkawan dengan kita…he..he..jangan riak syeikh…!

Baiklah, saya ingin mencatat di sini. Siapa nak baca dan komen, silalah.

Em…semalam saya khatamkan Tunggu Teduh Dulu (TTD) nukilan anak muda bervisi mega Faisal Tehrani (FT). Tidak silap saya, TTD adalah novel yang keenam saya baca. Saya sudah habiskan Cinta Hari-hari Rusuhan (maaf jika silap tajuk); Advencer Si Peniup Nei, Combat 1511, Perempuan Politikus Melayu, Cerpen-cerpen Underground 2, Kekasih Sampobo (1/2 tamat) dan yang baru habis TTD. Sekarang saya baru sahaja memulakan pengembaraan bersama Razlan, Mazlan dan Sahlan dalam Bunker...ops, gua, eh...bunker di dalam Novel-Drama Bila Tuhan Berbicara!

So, nak tahu apa pandangan jujur saya tentang TTD? Nak tahu bacalah. Tak nak tahu pun tak apa.

TTD kisah muslimah. Kata ipar saya Bro JR, kisah cinta enta-enti. Mana dia petik istilah tu, wallahua’lam. Mungkin sebab Salsabila Fahim dan the Sofea gadis usrah, bercita-cita menjadi muslimah berjaya di bidang pertanian moden yang asyik maksyuk dengan betik, papaya dan kepayanya…tanpa menkesampingkan adab-adab beragama…maka jadilah kononnya enta-enti. Lantaklah, itu pandangan ipar saya.

Saya agak slow menyampaikan diri ke titik penamat. Isteri saya terlebih dahulu mencicipi sehingga ke titisan terakhir novel ini. Katanya, amat mengesankan. Buktinya, dia menangis pada pertengahan cerita! Ah…saya jadi teruja membaca…tetapi saya tidak menangis pun. Puas saya menumpukan perhatian, khususnya pada bahagian pertengahan novel…nak tahu kisahnya…bacalah sendiri kawan, nanti tak syioklah saya paparkan di sini, tetapi tak jumpa sesuatu yang mampu menggoyah emosi dan merembeskan air ke pipi yang hensem ini!

Jangan marah FT, at least tuan telah berjaya menghanyutkan perasaan isteri saya dengan lakaran bahasa tuan yang sangat indah dan mengalunkan. Isteri saya orang fakta, orang sains yang bergelumang dengan nombor dan makmal dengan pelbagai formula statistik entah apa, namun bisa menangis dek mainan kata-kata FT…ceh, boleh ke saya buat isteri saya menangis dengan kata-kata saya pula?

Isteri saya pelik kerana melihat lama benar saya mengelek novel TTD ke sana ke mari. Daftarkan adik ipar di UiTM pun saya kilik, di bilik tidur lagilah…tapi ngape lambat benar tamatnya?

Kata saya: “Abang letihlah. Jalan ceritanya berliku dan bertele. Mungkin ini cerita seorang eh…dua orang wanita, Sal dan the. Sal lah watak utamanya. Abang jadi letih…kisah orang pompuan, kaya emosi kan. Sebab itu abang lambat habis…” Itulah antara alasan saya, logik ke?

Walau apa pun, TTD adalah novel yang terbaik antara sentuhan mulus FT. Lima bintang mungkin, tebalnya pun (tak silap saya cecah 900 muka) menjadikan kita malu alah untuk mempertikaikan kemampuan pengarang dalam menuntasi kepengarangannya! Sebab…TTD bukan omong kosong. Ia padat berisi. Bukan sekadar cerita betik; tak kiralah betik muda bergetah atau kepaya Jogja yang memerah isinya yang sering menjadi penghangat bicara dua wanita muda itu; tetapi penuh dengan info. Khasnya info betiklah.

Jika anda mahu menjadi usahawan tani, maka silalah menelek dan meneleku novel ini. Ada info, ada kisah tauladan dan ada panduan berguna. Sepaling tidak, anda patut tahu siapa molek di buat kawan (tumpang tuah…jika dapat kawan dari jabatan berkenaan yang mampu melangsaikan banyak keruwetan), apa perlunya bersahabat dengan orang ternama (jangan lupa isu kabel mengkabel tuan dalam dunia bisnes le ni…) dan juga apa pentingnya dalam menjerumuskan diri dalam bidang pertanian…

Agh, satu benda yang saya masih terfikir, mudah benar Salsabila dan Sofea jadi petani moden ye…tak marah ke penaja mereka apabila pulang dari US tapi tak kerja di kompeni yang menaja mereka?

TTD hampir sahaja tamat dalam suspens yang menyebabkan saya enggan menamatkannya…mujur saya kesani kelainan dalam pengakhirannya! Nak tahu…tuan puan belilah TTD dan bacalah sendiri!

(p/s: pinjam-pinjam tak best, tak boleh buat koleksi kan?)



Fajar Islam Mulai Menyinsing

3 ulasan:

isma berkata...

he he he Apa taknya..Lama beno nak ngabiskan baca. Habis lunyai buku tu dibuatnya.

Orang baca seminggu je, barulah mood tu tak lari.

Unknown berkata...

Tak macho le kalau orang laki pun nangis baca buku ni... hehe


Sekadar nota - Novel ini asalnya ditulis bersiri dan keluar setiap hari di Utusan Malaysia. Mungkin itu sebabnya novel ini banyak melankoliknya dan mainan bahasa puitis..


Lepas ni baca pula Ayat-Ayat Cinta oleh Habiburrahman Shirazy dan buatlah perbandingan.. :)

U-HAH berkata...

BRO JR,

Terima kasih bagi cadangan tu...le ni tengah 'mengayat Suu Phee Aa dan Bila Tuhan Berbicara'...he..hee..seronok baca banyak buku dalam satu masa yang sama, macam makan di restoran ramai-ramai dan buleh pakat rasa makanan satu sama lain...