Khamis, Ogos 16, 2007

Suara alam dan kematian

Pernahkah engkau mendengar
Pada angin yang membawa lagu
Bahawa kehidupan ini amat pendek
Namun kehidupan yang pendek inilah
Menentukan kehidupan yang panjang

Mungkin kita pernah terdengar
Suara alam merintih sayu
Saat gunung digegar dengan jentolak bermata besi
Bahawa tegaknya mereka hanyalah penyangga alam
Sebagai sunnatullah yang memberikan kekuatan
Namun kita memekakkan telinga dan membutakan mata
Kerana hati kita sudah layu dan kering
Dari siraman air mata
Penghuni bumi yang lara

Lalu kita pun enak berbicara
Soal masa depan dan negara
Membikin aturan dan agenda
Sedang kita lupa agenda Tuhan
Agenda yang tersedia sejak azali
Bahawa hidup di atas dunia tidak abadi
Hanya sekadar mencicip sedikit rezeki
Sebelum kita dipanggil kembali

Begitulah manusia dan alam
Akal anugerah Tuhan diguna secara wewenang
Debu dosa bagai tiada makna
Iman yang tipis kian hilang warnanya
Bersatu dengan kusam noda
Lalu tercipratlah bianglala palsu
Yang tersembunyi serakah nafsu
Di atas nama tamadun maju
Sementara menunggu saat, detik dan waktu
Akal mati, nyawa terhenti dan jasad tanpa nadi
Bersemadi jelek di perut bumi
Menanti saat dihisab Rabbul Izzati!

U-HAH
Shah Alam
Fajar Islam Mulai Menyinsing...

2 ulasan:

faridmw berkata...

salam...

satu puisi yang sedap dibaca dan penuh makna.. moga kita sudah bbersedia untuk menant hari perbicaraan itu dgn penuh kekuatan...

Tanpa Nama berkata...

abi, saya suka baca yang abi tulis