Isteri saya memang kuat belajar. Sebaik sahaja menamatkan ijazah sarjana muda pada tahun 1998, beliau terus mendaftar Sarjana Sains Perubatan di Fakulti Perubatan, UKM. Sambil itu, beliau menjadi Research Assistant (RA) kepada pensyarah yang banyak buat penyelidikan. Sehinggalah ke tahun 2001 beliau ditawarkan Biasiswa National Science Fellowship (NSF) oleh MOSTE. Serentak itu juga, UKM telah menaiktarafkan kajian beliau dan ditawarkan secara conversion dari Sarjana terus ke Doktor Falsafah! Itulah hebatnya isteri saya yang saya tidak dapat nafikan.
Alhamdulillah, kami disatukan lewat 1998. Rezeki kami memang murah. Memang lahiriahnya hidup kami payah. Sejak saya mengahwini beliau, mendapat seorang demi seorang cahaya mata sehinggalah kini beliau sudah pun bergelar Dr., kami sudah menempuhi pelbagai ranjau di dalam tatih kehidupan kami.
Saya masih ingat lagi, kami pernah berulang-alik dari Bangi ke KL. Beliau ditempatkan di UKM Jln Raja Muda, bersebelahan IMR dan HKL. Saya sendiri bertugas di Jalan Pahang, di sebuah syarikat penerbitan. Kemudian kami pindah ke Gombak, semasa itu kami asyik mengalun kasih di atas motorsikal sahaja. Tetapi hidup kami mewah, anak masih tiada dan kami kecap sungguh-sungguh nikmat rumah tangga.
Setelah melahirkan anak pertama pada Julai 1999, abah (bapa mertua) memberikan kami kereta. Toyota model lama 1970-an, KE-30. Dengan kereta itulah kami berdengung ke sana ke mari. Saya banyak menyimpan kenangan dengan kereta itu, pahit dan manisnya!
Saya teruk dilambung ombak hidup. Tahun 2000, syarikat hampir muflis dan tutup, lalu saya berkelana mencari kerja, menganggur beberapa ketika, hampir gila dibuatnya. Sewa rumah saban bulan perlu dilangsaikan dan anak kian bertambah. Tahun 2000 itulah kami dapat anak kedua, hidup makin mencabar serta mendera!
Saya banyak terhutang budi dengan isteri. Saat saya hampir tenggelam punca meneruskan hidup di kota, lalu beliau banyak memberikan kekuatan. Wang saraan pernah hanya ditanggung oleh elaun NSF beliau lantaran saya cuba menyambung pelajaran (Master tetapi sekerat jalan) dan kami pernah sama-sama tenggelam timbul dalam dunia MLM.
Memang isteri saya penyabar dan istiqamah orangnya, calang-calang manusia tidak tergalas beban itu rasanya. Betullah, Allah SWT menentukan jodoh setelah kita berusaha dengan orang yang paling cocok buat kita. Mungkin kita pelik, ramai bercinta memasang anganan dengan orang lain; namun rumah tangga bahagia dibina dengan orang lain pula. Itulah kerja Allah yang akal kita pasti tidak terjangkakan.
Hidup kami memang penuh cabaran. Justeru itu, kami lebih matang dan dewasa dalam membuat keputusan. Benar kami masih muda, namun kami diuji dengan pelbagai kesukaran dunia. Saya masih teringatkan insiden silam, misalnya saat kasut anak saya, Along sudah menipis tapaknya dan hampir putus…namun saya tidak mampu membeli yang baru walaupun harganya hanyalah RM3.50! Kami ketandusan wang, ansuran rumah lebih enam bulan tertunggak dan ansuran kereta menambak-nambak. Demikianlah, saya belajar banyak perkara tentang kewangan…antaranya, merancang dan jangan berhutang. Hingga kini, saya bertekad dan berazam untuk melangsaikan segala hutang piutang. Saya teringat tulis Robert Kiyosaki dalam bukunya…Poor dad Rich dad, kesimpulan orang kaya itu ialah, mereka yang tidak berhutang dalam hidupnya. Maknanya, bila saya tidak ada hutang barulah saya benar-benar kaya!
Isteri saya menyiapkan Ijazah PhD penuh cabaran juga. Namun, semuanya dapat beliau tempuhi dengan serba sedikit kesukaran; tapi banyak dipermudahkan. Saya tidak tahu, tapi yakin bahawa restu memainkan peranan utama. Sejak mula mahu membina keluarga, beliau telah memaklumkan niat ingin terus belajar. Saya merestuinya sehinggalah kini. Bahkan, tidak tersangkal ialah doa emak beliau sendiri (mak mertua saya) dan abah…yang saya yakin saban malam mendoakan kejayaan isteri saya…anak mereka.
Alhamdulillah, sejak 2006 isteri saya sudah pun menjadi pensyarah. Beliau diberi julukan ‘pakar statistik perubatan’ oleh pensyarah yang lebih senior…beliau malu tapi saya tahu, gelaran itu memang layak dengan usaha yang telah beliau lakukan. Bayangkan…sehingga anak keempat pun beliau masih terus belajar. Katanya, nak mengajar orang lain diri sendiri kena belajar (tahu) dulu…itulah isteri saya!
Lalu, 11 Ogos 2007 di Dewan Canselori Tun Abdul Razak (DECTAR), UKM Bangi adalah kemuncak kepada segala apa yang telah isteri saya lalui dan tempuhi selama ini. Kesakitan, kesusahan, kesabaran dan kekentalan yang menatijahkan kejayaan. Saya berdoa beliau terus istiqamah dalam bidangnya dan kami terus ceria melakar hari muka, bersama-sama…bak nukilan pendek saya pada buku yang saya hadiahkan:
‘Seceria suria menebar cahaya, begitulah kasih kita selamanya…’

9 ulasan:
terima kasih bang atas sokongan abang selama ini dan atas coretan ini yang sedikit sebanyak mengimbau pahit manis zaman silam kita... Semoga kasih kita kekal selamanya bersama rahmat dan kasih sayang Allah swt.
salam.
tahniah buat kedia-dua -
Dr. dan suaminya juga.
:-)
Isma,
Dalam kehidupan yang paling penting ialah kesabaran dan kesetiaan, seperti sabarnya isteri Nabi Ayub a.s dan setianya Khadijah di sisi Muhammad...
Zaidakhtar,
terima kasih dengan kesudian tuan melapang waktu menjengah ke blog ini, semoga dapat terus berkenalan.
Salam,
Saya menggambarkan isteri U-hah kuat belajar dan bekerja orangnya. Buat saya makin kuat untuk menyambung pelajaran ke destinasi seterusnya. Laman ni menarik. Saya mahu linkkan diblog saya, izinkan saya ya.Terima kasih memberikan komentar diblog ‘sederhana’ saya.
Sesungguhnya hari-hari yang dilalui adalah sesuatu hadiah untuk menilai tentang perjalanan kehidupan. Adakah hari ini Berjaya dari semalam atau sebaliknya?
Salam Perpaduan.
Dihah,
Salam perpaduan juga saya nukilkan, apalah kiranya saya ucapkan terima kasih di atas kesudian me'link'kan blog yang tiadalah seberapa ini, terima kasih...
ps: isteri saya memang kuat belajar, saya pun menjadikannya satu inspirasi... :-)
To the writer & his wife...
I must say that ....akak "salute" both of you.
Apa yg marul ada hari ini adalah disebabkan mizol. Both of you complement each other. Whenever my hubby & myself met both of you...tak pernah nampak you all masam muka...both of you like a loving couple ALL the TIME. Congratulations. Mudah-mudahan ramai lagi pasangan berumahtangga yang akan merasai nikmat hidup sedemikian.
"Money is important but is not EVERYTHING"
Congratulations!
Kak Siti Fatimah,
Thanks a lot for your comment, it's really touchy...nothing is important unless the understanding between husband and wife.
It’s the key to handle everything in life, that’s why Imam Hassan Al-Banna has mentioned in his book, before we make any commitment in life such as bai’ah or sighah – ijab and kabul, the first thing we should put ahead is UNDERSTAND or Al-Fahmu, which means we know very well for what we are doing and the implication of the bai’ah.
I feel so lucky and great to have a spouse (my wife) who understand me very well and for that I must give her the same thing, understanding…
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
abi mana gambar abg yang
salam,
from this writing, it has gave me new hope and strength to proceed with my studies and research. thnx very much
and may ALLAH blessed you and family with lots of rezeki :)
Catat Ulasan