Usrah bukan benda baru dalam kamus hidup saya. Seingat saya, perkataan ini mula 'tubit' (muncul) dalam kehidupan ini seputar saya di usia 15 tahun. Saya menumpang sebuah usrah muslimat yang naqibnya adalah guru sains kami, Cikgu Alias namanya. Tika itu, tidak silap saya sudah ada tiga orang anak usrah tidak termasuk saya, seorang bernama Fesah Anisa dan seorang lagi Harmila. Seorang lagi saya sudah tak ingat siapa. Seorang lagi guru menjadi naqib kami ialah Cikgu Johar, guru lukisan yang sangat cantik hasil tangannya.
Sebelum berjinak-jinak dengan usrah, saya mula mengenali Islam sebagai agama yang syumul melalui Jama’ah Tabligh. Kisahnya agak lucu. Ringkasnya beginilah…semasa tingkatan satu, saya mendapat tawaran ke Sekolah Menengah King Edward VII, taiping dalam Rancangan Khas. Dewasa itu, pengaruh muzik rock begitu berleluasa.
Di Taipinglah saya mengalami kejutan budaya. Saya amat meminati rock, saya hafal nama-nama kumpulannya di dalam dan luar negeri. Saya tampal poster rock dalam locker di asrama dan bila ada spot check, selalu saya kena tegur dengan senior. Saya selalu kena buli dengan geng-geng senior yang tak gemarkan junior macam saya berpewatakan rockers…mereka gelar saya rocker kampung, walhal mereka pun orang kampung juga…piiidah!
Saya tetas dan kecilkan kaki seluar sekolah dan semua seluar lain termasuk seluar baju Melayu. Punya kecil sampai nak masukkan kaki kena duduk dan tarik kuat-kuat. Jika seluar sekolah, cuttingnya pun ada gaya tersendiri. Poketnya tidak memanjang melainkan melintang macam seluar jeans. Seluar itu pula bila dipakai kenalah di bawah pusat, biar londeh baru rugged. Kami kenakan tali pinggang kulit yang berkepala besi (buckle), dengan tulisan LEE atau sebagainya.
Beg sekolah juga mesti ada pengaruh rock. Saya beli beg Iron Maiden yang bergambar robot dan tengkorak dan entah apa-apa ntah! Jika keluar pekan Taiping hujung minggu, kami bergerombolan. Kami suka meninjau-ninjau bazaar di Taiping, naik turun super market, layan ais kacang, usha awek (MRSM dan Sek Sains Taiping) dan lepak kat Taman Tasik Taiping. Ada duit lebih, sambarlah baju yang nampak daring dengan identity rockernya, ada gambar bulan Jepun siap dengan tulisannya lagi. Belek-beleklah kaset rock yang punya berlambak di pasaran…nak beli tak mampu lagi.
Semasa di tingkatan dua, saya mula disapa bayu hidayah. Saya masih didera dan dibuli oleh para senior yang sampai sekarang saya masih tidak dapat lupa wajah hampeh mereka! Tak tahulah, jika tetiba saya menjadi bos mereka di ofis…nahaslah! Saya akan belasah mereka cukup-cukup… (SAMBUNG DAA…!)
2 ulasan:
Nak tau.. semalam marul dok belek-belek buku conteng along dalam beg sekolah dia. Contents di muka surat pertama tu dia senaraikan 1. cerita 2. games 3. kenzik 4. usrah..
bila tengok kat mukasurat usrah tu perkataan yang marul paham usrah dan surah. yang lain tu tulisan jawi kot..arah dari kanan. Agaknya konon-konon catatan dari usrah le tuh..
yang cerita tu tentang raksasa yang mendapat balasan akibat dibenci.. kena sumpah jadi getah.
kenzik tu pulak lukisan katun komik yang watak heronya nama kenzik.
Hai.. along ni boleh ngikut jejak abinye nih.. berimaginasi..
Abang Long memang ada bakat, kuat berimaginasi, suka menulis dan suka membaca...kekadang bila marah dia, kesian pula...tak melawan tapi tunjuk muka sedih.
Catat Ulasan