Saya terpikat pada kelembutan seorang senior lower six…bukan perempuan, tapi seorang lelaki. Halim namanya. Dia punya perawakan lemah-lembut, wajahnya redup dan buah tuturnya lunak serta tidak kasar. Bila berjalan nampak teratur langkahnya, duduk bersimpuh nampak tenang dan bila memberi tazkirah Maghrib selalu nampak syahdu. Saya mulai merasa ada aura tertentu yang menarik bagai besi berani ke arahnya. Saya mula mengenali sunnah nabi. Saya mulai tahu kalimah daie’. Saya mula berbicara soal ta’lim dan ta’lum. Saya mula mahu mengenali pakaian Islam. Akhirnya, saya mula melilit serban!
Sebelum itu, saya ingat-ingat lupa pernah satu malam pada bulan Ramadan pada tahun 1988 kami dibenarkan pihak asrama menunaikan solat tarawih di luar. Saya dan kengkawan memilih sebuah masjid berdekatan kuarters tentera, Masjid Pakistan namanya.
Semasa solat, saya terbau masakan kari. Perut pun mula bernyanyi. Saya membayangkan nasi panas beruap dengan kuah kari yang enak serta ikan tongkol yang menunggu untuk dicekau dan dicekik. Seusai solat, kami pun keluar meninjau. Wah! Sudah terhidang makanan yang berbau kari itu…tapi, semuanya diadunkan di dalam dulang.
Kami memasing saling melihat, hati yang teruja mula kelabu. Masakan kami mahu duduk berlaga lutut makan sedulang…dengan para pak syeikh yang panjang-panjang janggutnya…eii…geli! Lalu kami pun meminta diri walau dipelawa berulang kali. Kata kami: “Terima kasih…lain kali…”

...Fajar Islam Mulai Menyinsing
4 ulasan:
Kalau di kampung kami di Muar sana bila makan kenduri nasi ambeng memang di dalam dulang. Bukan setakat lutut berlaga, siku dan dahi pun berlaga juga bila masing-masing sama-sama mengambil lauk..
:)
U-hah,
makan sedulang ini banyak hikmatnya. Ukhuwwah dapat dijana dan ada adabnya yang tertentu perlu dijaga. Amalkanlah makan sedulang tu ye... :-)
Jom, kita tak pernah makan sedulang satu keluarga. Dulang nya dah ada.
Elok le tu...lepas usrah makan sedulang.
Catat Ulasan