Sabtu, Januari 31, 2009

Makan Angin Ke Sabah

Sabah...hmmm, dapat juge teman sampe ke Negeri Di Bawah Bayu ni. Saya, isteri dan anak bongsu kami Hanim ke Kota Kinabalu pada Jumaat 30 Jan 09. Isteri ada urusan kerja di sini, saya pula datang untuk membantu menjaga anak kami yang fully breast feed...sambil-sambil tu...jalan-jalanlah.

Inilah first time berkunjung ke Sabah. Saya membayang-bayangkan juge bagaimana ghupe wajah negeri ini. Sepanjang penerbangan dari LCCT...saya dok bayangkan ghupe Sabah...telinge berdengung dengan ketinggian lebih 37,000 kaki dan kelajuan Air Bus Air Asia 800 km sejam!

Indah sungguh meninjau awan di luar jendela kapal terbang. Saya dapat rasakan, betapa Allah SWT mencipta akal agar manusia dapat memanfaatkan alam. Dengan akallah manusia dapat mencipta mesin terbang dan akhirnya saya dapat membelah awan. Saya melihat ke bawah, dengan ketinggian ribuan kaki, daratan dan lautan tidak kelihatan. Namun nampak jelas permukaan berwarna biru seakan-akan air laut...saya tak tahu apa dia bendanya...tapi indah dan menawan sekali!

Kami mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 9.20 pagi. Mentari cerah dan cuaca ceria sekali. Selepas pemeriksaan imigresen (mujurlah kami membawa sijil beranak Hanim...kena ada ghupenye...ingatkan tak payah!), kami mencari arah.

Alhamdulillah, student isteri saya di KK sudah sedia menanti. Kami dibawa ke hotel Imperial di pusat bandar. Sementara menantikan bilik dikosongkan pada pukul 12 tengah hari, kami makan dahulu di Pizza Hut...kemudian mencari sedikit ole-ole di Pasar Philipine.

Malamnya kami dibelanja makan di sebuah restoran ala Melaka. Sedap masakannya. Pagi Sabtu di Hospital Bahagia Bukit Padang, isteri saya akan hadir ke sebuah sesi pembentangan. Saya bertugas menjaga Hanim...aduhai, letihnya dia asyik teroyak...sabo je la...

Gambor-gambor nanti teman masukkan ye...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seronok kan tuan dapat ke Sabah..

Tapi lawatan tu senbenarnya belum lengkap.. kalau nak lengkap tuan kenalah pergi Daerah Semporna untuk lihat kaum Palao atau bajau laut yang beramput perang macam mak salleh dan hidup atas perahu.. tapi kalau naik kereta mereka mabuk.. mabuk darat.. hidup masih cara primitif , tanpa agama, tanpa kewarganegaraan dan tanpa pelajaran... Lain kali kalau ke Sabah kena singgah tempat tu..

mrbadukang