Anwar Ibrahim buat pertama kalinya menyentuh isu hudud lewat ceramahnya di Kuala Terengganu. Katanya jelas: “Hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS hanya meliputi kepada orang-orang Islam; bukan Islam tidak.” Cukup, terang dan jelas!
Bagaimana seorang tua yang matang seperti Karpal Singh masih terkeliru dengan kenyataan sedemikian. Karpal menjadikan hujah oleh MB Kelantan bahawa “tiada sebab orang-orang bukan Islam untuk menolak hudud kerana bila dilaksanakan, samalah seperti mana mereka boleh terima undang-undang Barat.”
Bagaimana seorang tua yang matang seperti Karpal Singh masih terkeliru dengan kenyataan sedemikian. Karpal menjadikan hujah oleh MB Kelantan bahawa “tiada sebab orang-orang bukan Islam untuk menolak hudud kerana bila dilaksanakan, samalah seperti mana mereka boleh terima undang-undang Barat.”
Apa yang pelik dengan kenyataan Tuan Guru Nik Aziz di atas? Saya nampak tiada yang pelik, bahkan terang dan jelas. MB Kelantan tidak pun memasukkan bahawa: “Orang-orang bukan Islam PATUT TERIMA HUDUD untuk dilaksanakan ke atas mereka, seperti mana mereka terima undang-undang Barat, tiada yang berbeza pun…”
Saya fikir, Karpal perlu meneliti banyak ucapan dan penegasan oleh pimpinan kanan daripada PAS. Hj Hadi sendiri selaku presiden parti, acap kali menegaskan bahawa hudud jika dilaksanakan, ia hanya untuk orang-orang Islam. Hujah yang sama apabila Tuan Guru Nik Aziz menyatakan, orang Islam wajib solat maka kewajipan yang sama juga kepada hudud bahkan qisas. Semuanya arahan Allah SWT.
Karpal tidak perlu risau. Memang benar, ada pandangan ulama fikah bahawa hudud atau pun qisas jika dilaksanakan di dalam sebuah negara, maka semua rakyat tanpa mengira agama wajib dihukum secara saksama. Namun, itu hanya berlaku di dalam sebuah negara yang bernama NEGARA ISLAM. Bagi Malaysia, negara ini masih separa-Islam separa-sekular, maka ia tidak termasuk dalam kategori NEGARA ISLAM.
Seandainya Karpal meneliti sejarah Islam, semasa Nabi Muhammad SAW mengasaskan Negara Madinah lebih 1400 tahun dahulu, Nabi Muhammad SAW telah merangka satu perlembagaan yang dinamakan Syahifatul Madinah. Ia adalah perlembagaan pertama di dunia yang diiktiraf oleh para sejarawan. Perlembagaan itu memasukkan banyak perkara, namun maksudnya hanya satu iaitu, semua bangsa dan agama yang bernaung di Madinah tertakluk kepada perlembagaan itu. Semuanya bersetuju dan oleh kerana itulah, mereka tertakluk kepada peruntukan undang-undang yang sama dengan kaum muslimin.
Karpal juga perlu tahu, bahawa di Madinah ketika itu terdiri daripada pelbagai jenis manusia. Masyarakat majmuk sudah ada di Madinah. Ada bangsa Afrika, bangsa Iran dan masyarakat Arab itu sendiri pun berbilang keturunan. Bangsa Yahudi yang mendiami Madinah ketika itu juga terdiri daripada pelbagai puak. Namun semua mereka mengaku dan bersetuju tunduk kepada perlembagaan, maka tiada bezalah di antara mereka dan umat Islam. Semuanya mendapat faedah yang sama dan jika berbuat jenayah, hukumannya sama juga.
Di Malaysia, jika Karpal serius mahu melihat PAS berjaya merealsiasikan agenda hududnya, maka berilah PAS peluang. Jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajan, maka boleh sahaja perlembagaan dipinda dan memberikan PAS peluang melaksanakan hudud di Kelantan, Terengganu dan Kelantan misalnya. Kemudian, Karpal boleh menilai sejauh manakah keberkesanan hudud dan qisas menangangani jenayah. Seandainya belum dilaksanakan lagi pun, Karpal sudah menghentam…maka samalah seperti mana Pakatan Rakyat mengatakan: “rakyat belum beri peluang pembangkang jadi kerajaan tapi sudah menghukum bahawa pembangkang tidak reti mentadbir, mana adil…berilah kami peluang dahulu, kemudian lihatlah hasilnya.”
Saya suka mengesyorkan Karpal berbicara secara lembut dan bijaksana dengan Tuan Guru Nik Aziz ataupun Tuan Guru Haji Hadi. Islam ini bukanlah agama yang mahu menghukum orang. Sebab itu dalam Islam ada kaedah: “Mencegah lebih baik daripada merawat.” Undang-undang Islam yang Karpal tak setuju itu, inilah maksudnya. Mencegah daripada berlaku. Mungkin Karpal perlu semak statistik jenayah di Arab Saudi dan bandingkan dengan New York atau Malaysia. Selepas itu baharulah Karpal sedar dia ‘menghukum’ terlalu awal sebenarnya.
Sebagai seorang pemimpin utama dalam DAP dan Pakatan Rakyat, Karpal mesti lebih matang dan bijaksana dalam memberikan komen dan pandangan. Saya yakin, Karpal adalah ahli politik yang sangat matang. Jadi, janganlah menghakis keyakinan itu, daripada saya seorang anak muda yang selama ini menghormati prinsip dan perjuangan Karpal dalam memberikan erti demokrasi sebenar kepada kami.
Wallahua’lam.
2 ulasan:
salam..
saya kira Karpal takut kepada bayang2nya sendiri.. Dia perlu lebih banyak membaca mungkin.. atau dia takut Hudud(terkena kepadanya.. :p) Hanya orang yang bersalah akan takut kepada hukuman.. hehe..
namun selogiknya..kebenaran itu amat keras dibantah.. kebatilan itu amat mudah diterima.. Semoga perjuangan Islam terbukti kemenangannya..amin.. Semoga tiada putus asa perjuangan pemimpin2 Islam kita.. dan tiada putus doa dan usaha ummah sekalian yang tahu dan akui ALLAH itu wujud dan mengaku keimanan mereka kepada Yang Maha Berkuasa. Berani kerana benar. walluhualam
Alai-Azie,
kadang-kadang saya terfikir...adakah orang takut kepada hudud ni sebab ada agenda tertentu...ya lah, hudud itu bukan untuk dia pun, tapi kenapalah dia takut sangat...
Catat Ulasan