Ahad, Januari 18, 2009

Suara rakyat suara keramat!


Kemenangan PAS di Kuala Terengganu amat signifikan. Sedari awal saya kagum kepada kerjasama erat di antara tiga parti komponen Pakatan Rakyat. Baik PKR mahu pun DAP, masing-masing bergandingan bahu dengan PAS. Rakyat menilai kerjasama ini sebagai mukaddimah yang baik kepada negara.


BN pula nampaknya membiarkan Umno keseorangan. Benarlah telahan ramai pihak, Umno parti lemah jika berjuang bersendirian. Yang menunjukkan Umno kuat, ialah jentera kerajaan yang berkerja bagi pihak mereka.


Syabas kepada PAS dan PR dengan kemenangan ini. Saya yakin, rakyat Malaysia makin bijak membuat pilihan. Kuasa di tangan rakyat. Maka inilah natijahnya. Syabas juga pengundi-pengundi di Kuala Terengganu...anda buktikan bahawa suara rakyat suara keramat!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alhamdulillah....

majoriti bertambah besar.

U-HAH berkata...

Kemenangan ini akan memberikan impak positif kepada gerakan Islam di Malaysia...insya-Allah