Ahad, Februari 01, 2009

Cerita bahasa di Jalan TAR


Saya hanya mampu melayari internet dari kejauhan mengikuti perkembangan Demo Anti PPMSI yang diadakan di KL. Jika saya ada di KL, maka sayalah antara orang yang akan turut serta.


Pada tahun 2006, saya sudah mengarang sebuah novel...tajuknya saya berikan 'Setegar Gandarusi'. Ia adalah novel tentang perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu. Dalam novel saya itu, saya sudah membayangkan suatu gerakan bersepadu antara pelbagai pihak akan berlaku. Sayangnya, saya gagal menyiapkan novel berkenaan. Otak jadi tepu dan saya ketandusan idea. Novel itu tergantung begitu sahaja...


Hinggalah kini, apabila guruh dan kilat mengenai nasib Bahasa Melayu kembali diperkatakan, maka saya kembali membuka novel saya itu. Saya baca dari ayat ke ayat. AKhirnya saya nekad dan membulatkan keazaman menyiapkannya. Alhamdulillah, novel berkenaan sudah pun siap dan kini saya meminta isteri saya - seorang pemegang PhD untuk membaca dan membetulkan apa-apa yang salah...khasnya mengenai selok-belok kehidupan pensyarah dan calon kedoktoran di universiti.


Saya masih berkira-kira mahu ke mana mengirimkan manuskrip berkenaan. Saya teringatkan Puan Ainon Mohamad...mungkin saya akan kirimkan kepada beliau. Jika tidak pun, mungkin ke DBP. Jika tidak juga...entahlah...saya penulis yang tidak terkenal, agak sukar juga menembusi minda para penerbit.


Walau apa-apa sekali pun...kadang-kadang saya termenung panjang mengenangkan...apa yang pernah saya impikan beberapa tahun lalu...kini menjadi kenyataan. Ya lah...penyertaan para cendekiawan, termasuklah golongan bukan Melayu...semuanya adalah imaginasi saya...kini ia benar-benar berlaku.


Apa-apa pun...tabik hormat saya berikan kepada pejuang Bahasa Melayu!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya amat kasihan dengan 3 orang anak saya yang menjadi mangsa sistem pembelajaran subjek matematik dan Sains dalam bahasah omputih tu.. Anak saya langsung tak faham dan tak dapat nak tangkap apa yang dimaksudkan oleh cikgu dan juga yang di tulis dalam buku berkaitan. Secara tidak langsung saya juga terkena tempiasnya dimana setiap malam saya terpaksa memberikan tuition atau menerangkan apa yang dimaksudkan dalam buku omputih tu.. Kadang-kadang saya pun tak faham apa yang dimaksudkan dalam buku tu.. Hei.. Tak tahu lah sapa punya idea buat macam tu .. Bodoh betul lah manusia tu..Kalau yang banyak duit dan tinggal kat bandar senanglah kan sebab boleh hantar anak pi tuition dengan cikgu pakar. Kalau tak da duit buat cam mana.. Di kampung pulak mana ada klas tuition tu.. Tak terfikirkah mereka tu.. Mentang-mentanglah para pembuat dasar tu berduit dan pandai bahasa omputih... Gila barangkali mereka niu..

-Mr Badukang-

Embun Putih berkata...

Secara kebetulan saya jumpa blok saudara semasa mencari ulasan buku Interlok.

Tahniah kepasa saudara dan usaha serta minat ke arah menghidupkan Bahasa Melayu.

Saya belajar di luar negara. Hendak mengarang artikel bidang saya dalam BM pun terkial-kial. Ada juga cuba guna Facebook dsb dalam BM tapi pening lalat dibuatnya.

Namun saya seolah-olah mahu membina semula identiti diri. Isu menyesuaikan diri dengan bahasa itu mudah sahaja. Yang payah adalah memahami kandungan ilmu itu sendiri.

Ini budaya kita. Bukti bahawa kita ada identiti. Identiti itu kekuatan.

Saya cukup suka dengan blog saudara. Tahniah sekali lagi.